suria

[V] Muka tak layak jadi hero, sesuai bawa watak penyangak... Idzham Ismail hampir ‘give up’, terfikir tinggalkan dunia lakonan

Beri kelainan dalam drama bukti Idzham bukan sekadar pelakon antagonis.

PELAKON Idzham Ismail mengakui pernah berasa kecewa dan hampir berputus asa dengan kerjaya lakonan apabila namanya sukar mendapat tempat di hati penonton.

Kata Idzham atau Muhammed Idzham Ismail, 35, pandangan sesetengah pihak yang beranggapan wajahnya tidak layak bergelar hero juga antara faktor dia terfikir meletakkan noktah pada kerjaya seninya itu.

"Saya pernah terfikir nak buat gosip sendiri sebab nama susah untuk dikenali. Saya hampir give up sebab selalu dapat watak sama dan hanya sebagai pembantu sahaja.

idzham ismail 2

Idzham tetap semangat bertahan sebagai anak seni.

"Ada juga yang pernah kata muka saya ini layak jadi penyangak sahaja dan tak boleh nak bawa watak hero. Perkara-perkara beginilah yang membuatkan saya rasa mahu berhenti jadi pelakon," katanya kepada mStar.

Idzham ditemui ketika majlis tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Tujuh Dua Belas yang berlangsung di Petaling Jaya baru-baru ini.

Di sebalik kekecewaan yang dirasai selama ini, Idzham juga percaya kepada rezeki dan yakin peluang terbaik akan datang kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Idzham Ismail putih mata, duit simpanan dalam akaun RM7,000 lesap!

ARTIKEL BERKAITAN: “Belum dijemput Allah” - Idzham Ismail sedih tak dapat ikut keluarga ke Tanah Suci

Penantiannya untuk mengubah pandangan banyak pihak berjaya apabila lakonannya menerusi watak Ikram dalam drama Andai Itu Takdirnya meninggalkan kesan kepada penonton.

"Betullah kata orang bahawa masa yang terbaik itu akan tiba. Syukur berkat bertahan dalam industri saya dapat membuktikan sesuatu yang berbeza kepada penonton dan juga produksi.

"Saya berikan kelainan dalam dua drama iaitu Jangan Menangis Cinta dan Andai Itu Takdir. Dari situlah dapat membuka mata lebih banyak pihak dan juga produksi tentang kemampuan saya.

Saya hampir give up sebab selalu dapat watak sama dan hanya sebagai pembantu sahaja

IDZHAM ISMAIL

PELAKON

"Saya juga pernah katakan pada diri sendiri kalau dua watak ini tidak menjadi, saya kena cuba sesuatu bidang lain," ujarnya.

Tambah Idzham, isterinya iaitu Siti Nur Nabilah Shamsudin antara orang yang sentiasa memberi semangat untuk dia kekal bertahan dalam dunia seni.

idzham ismail 3

Isteri banyak mengajar Idzham dalam menjaga penampilan.

"Kalau saya rasa putus asa, isteri sering ingatkan tentang waktu saya mula bertapak dalam dunia seni. Dari situ ia memberi saya semangat untuk bertahan.

"Dia juga banyak membantu dari seni mengubah penampilan saya selain mengajar berfesyen," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain