suria

Asyraf Nasir, Kowachee pinjam tagline Azwan Ali, lagu ‘See My Level’ untuk pendengar ada standard tinggi

Asyraf dan Kowachee bergandingan dalam lagu See My Level.

BINTANG Hip Hop Asyraf Nasir muncul dengan lagu baharu berjudul See My Level ilham daripada tagline yang sering diucapkan oleh pengacara Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.

Dalam lagu berkenaan, Asyraf berkata dia berkerjasama dengan Kowachee yang merupakan bintang cilik semakin meningkat naik.

Katanya lagu ini mengetengahkan kehidupan anak remaja masa kini yang boleh dijadikan motivasi dan panduan perjalanan hidup mereka.

274033472_782445959382835_6765146933210869592_n

Asyraf dan Kowachee bersama Diva AA.

"Lagu See My Level adalah lagu untuk mereka yang ada standard yang tinggi, seperti tagline yang dipopularkan oleh Diva AA (Azwan Ali). Kami iaitu saya, Shazee, dan Kowachee bersemuka di dalam studio untuk lebih mengenali apakah perkara yang dialami oleh seorang remaja 13 tahun pada zaman sekarang.

"Di era digital ini mungkin orang zaman sekarang lebih matang dan cepat memahami mengenai pelbagai perkara. Satu benda yang saya sedar, Kowachee sangatlah matang bagi umur dia. Macam bersembang dengan orang 20 tahun.

"Tapi antara perkara yang kita faham sebagai seorang insan yang dah lama dan muda dalam industri hiburan ini, ada masa yang dia rasa tak boleh nak masuk sama pemikiran dengan mereka yang sama umur dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyraf Nasir rakam suara di rumah untuk lagu baharu 2PAI, ambil inspirasi peribahasa Melayu

ARTIKEL BERKAITAN: Ramuan menjadi... ‘Tak sangka’ Yonnyboii, Zynakal, Asyraf Nasir jadi juara carta

"Susah betul nak relate adalah kata-kata yang pertama dikeluarkan ketika lagu ini ditulis dan memang padan kenyataan ini dimulakan dalam lagu,” katanya.

Meskipun baru pertama kali berkerjasama, Asyraf menyifatkan Kowachee sebagai penyanyi muda yang cepat 'tangkap' berbanding dengan usianya.

"Kowachee orang yang cepat tangkap. Sebagai orang baru kiranya dalam bidang rap, dia ni memang faham mengenai penyampaian dan 'flow' dalam rap. Kadang-kadang orang dewasa pun tak dapat nak capai pemahaman yang cekap seperti itu," ujarnya.

1 (4)

Kowachee teruja berkerjasama dengan Asyraf.

Sementara itu, Kowachee atau nama sebenarnya Putri Armani mengakui teruja dapat berkerjasama dengan dengan Asyraf Nasir selain berpeluang bertemu dengan sendiri dengan Diva AA.

Bukan itu sahaja, lagu See My Level ini turut mendapat sentuhan Kowachee dan ini merupakan kali pertama dia menulis lirik.

"Sesi proses rakaman agak santai. Kami berkomunikasi bersama untuk membina idea. Saya juga dapat belajar sambil menulis lirik sendiri. Semasa proses rakaman lagu, ini pertama kali saya masuk studio. Sebelumnya, saya ada sesi berborak dengan penerbit dan Asyraf Nasir.

"Macam rakaman video muzik pula, alhamdulilah tidak ada pengalaman yang sukar. Semua berjalan dengan lancar. Kru dan pasukan produksi pun sangat menepati waktu. Saya juga dapat jumpa Diva AA dan dia seorang yang sangat baik dan lawak. Apa yang penting kami semua seronok dapat bekerjasama," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain