suria

Berjauhan dengan suami ketika hamil cabaran buat Wany Hasrita, mujur tak alami alahan

Wany bakal melahirkan cahaya mata pertama.

PENYANYI Wany Hasrita berbedar menanti kelahiran cahaya mata pertamanya yang dijangka pada pertengahan Julai ini.

Kata Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, dia juga banyak bertanya kepada mereka yang berpengalaman sebagai persediaan bersalin nanti.

"Kita tak dapat lari dari perasaan berdebar tu. Banyak perkara yang saya fikirkan dan selalu fikirkan perkara buruk boleh berlaku.

wany2 - 1

Wany berkongsi pengalaman hamil anak pertama.

"Mahu atau tidak kita kena hadap juga. Allah beri tempoh 9 bulan untuk bersedia. Jadi kenalah hadapai semua ini," katanya kepada mStar.

Tambah Wany hidup berjauhan dengan suami Muhd Al-Adib Fahmi Harun, 31, yang bekerja di Kuching, Sarawak juga merupakan satu cabaran besar buatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mudah jalani perkahwinan jarak jauh... Wany Hasrita bersedia menetap bersama suami di Sarawak

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Alhamdulillah! Wany Hasrita sah bergelar isteri, terima cincin berlian sebagai mas kahwin

Pernah melalui fasa emosi tidak stabil, Wany sentiasa tanamkan dalam diri untuk kuat dan tidak mahu menyusahkan orang lain.

"Semua wanita yang hamil pasti akan melalui fasa emosi tidak stabil. Saya cuba normalkan diri untuk tidak menyusahkan orang lain.

"Dari awal tempoh hamil ibu saya dah terapkan supaya sentiasa kuat. Semuanya kena bergantung kepada diri sendiri. Kalau ada apa-apa berlaku saya cuba pujuk diri sendiri," jelasnya.

Kita tak dapat lari dari perasaan berdebar tu. Banyak perkara yang saya fikirkan dan selalu fikirkan perkara buruk boleh berlaku.

WANY HASRITA

PENYANYI

Bercerita tentang tempoh awal kehamilan kata penyanyi lagu Belenggu Rindu, dia tidak mengalami sebarang alahan teruk namun tidak boleh mengambil ubat-ubat tertentu.

"Saya tak boleh ambil sesetengah ubat. Kalau makan ubat saya akan muntah.

"Selain itu saya juga jadi tidak suka dengan makan berkuah sedangkan sebelum ini sangat suka. Sekarang ini dah masuk 8 bulan semuanya okey sahaja," ujar.

Wany juga memberitahu dia akan menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya itu di Kuala Lumpur.

Dia dan suami akan berkongsi waja anak mereka apabila tiba waktu sesuai nanti.

Untuk rekod, Wany dan suami mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain