suria

Jadual seni Elly Mazlein padat, suami tetap tunggu setiap kali pulang lewat malam

Suami sangat memahami tuntutan kerja Elly.

SEJAK kebelakangan ini jadual seni selebriti serba boleh Elly Mazlein cukup padat dengan pelbagai komitmen dan aktiviti seni sehingga adakalanya dia sendiri berasa penat.

Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43, bagaimanapun berkata, demi kepercayaan diberikan kepadanya dia sanggup mengetepikan rasa penat demi melunaskan tanggungjawab diberikan kepadanya.

"Alhamdulillah ini semua adalah rezeki. Walaupun umur dah masuk 40-an, tapi masih diberi kepercayaan. Saya juga cuba penuhi permintaan peminat yang masih mahukan saya bekerja.

"Memang penat tapi saya puas apabila buat sesuatu dan diterima baik. Rasa penat akan hilang dengan sendirinya apabila orang suka dengan kerja kita," katanya kepada mStar.

elly 1

Elly sibukkan diri demi peminat.

Dalam pada itu, Elly turut melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada suami, Mohamad Azlan Che Nuh, 33, yang sangat memahami dengan tugasnya sebagai seorang selebriti.

Apa membuatkan dia terharu, Mohamad Azlan tetap setia menunggu dia pulang ke rumah meskipun waktu sudah lewat malam.

"Alhamdulillah suami sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan. Kalau saya balik lewat, suami akan tunggu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sedar kena sindir, Elly Mazlein ambil langkah ‘tutup telinga’... minta elak berbalah bimbang timbul fitnah

ARTIKEL BERKAITAN:

"Pada saya komunikasi antara suami isteri sangat penting. Tak mahu simpan apa-apa perkara dalam hati. Apa sahaja kena cakap dengan pasangan.

"Itu yang kami amalkan dan Alhamdulillah salah faham atau rasa kurang senang dapat dielakkan," jelasnya.

Elly dan Azlan mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Haider Mateen yang kini berusia dua tahun.

Dalam rumah tangga komunikasi suami isteri amat penting. Takkan simpan dalam hati

ELLY MAZLEIN

PENYANYI/PENGACARA

Penyanyi lagu Sabarlah Hati ini juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan dengan pengarah Azmi Hatta iaitu Puteri Sara Sefhia, 8 tahun.

Sementara itu bercakap tentang kerjaya, Elly sekali lagi diberi kepercayaan sebagai pengacara untuk program Big Stage musim kelima (BS5) yang bakal memulakan siaran pada malam Ahad.

Sentiasa bijak dalam mengendali acara secara langsung, Elly juga enggan peminat bosan atau menyamakan penampilannya dengan program Gegar Vaganza sebelum ini.

elly 2

Elly diberi tanggungjawab sebagai pengacara BS5.

“Di BS5 artisnya muda-muda, jadi ‘permainannya’ lain sikit. Saya tak boleh buat sama macam sebelum ini.

“Pihak produksi beri kepercayaan dan kebebasan kepada saya. Insya Allah saya akan melakukan yang terbaik,” jelasnya.

Gandingan pengacara BS5 bersama Elly akan diumumkan pada malam pertama konsert program tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain