PELAKON Nadhir Nasar menafikan dakwaan bahawa dirinya kini sedang bercinta dengan anggota kumpulan Dolla iaitu Angel. Kata Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27, hubungan mereka hanya sekadar kawan dan komunikasi di media sosial bukanlah sesuatu yang serius di antara mereka. "Tiada apa-apa yang istimewa. Kami hanya sekadar kawan. Nadhir tidak menolak untuk digandingkan bersama Angel. "Kami sekadar berbalas komen sebagai kawan," katanya ketika dihubungi mStar. Gosip antara Nadhir dan Angel atau Angelina Chai Ka Ying, 22, mula timbul apabila mereka saling berbalas komen di media sosial termasuk menggunakan emoji yang sama. ARTIKEL BERKAITAN: Mencabar berlakon bulan Ramadan, Nadhir kurangkan 'job' untuk fokus ibadah... "Kerja bila-bila boleh" ARTIKEL BERKAITAN: "Kecewa dan sedih"... Nadhir Nasar merayu jangan tonton 'Projek High Council' secara haram, kasihan pelakon dan kru produksi Tambah nadhir, mereka tidak pernah bekerjasama dalam mana-mana drama atau apa projek namun terbuka untuk digandingkan bersama. baginya, sekiranya peminat suka melihat mereka bersama, jadi tiada masalah untuk mereka bekerja berdua. "Doakan kami boleh digandingkan dalam mana-mana projek. "Kalau peminat suka melihat kami berdua, apa salahnya kami tampil bersama," ujarnya. Nadhir terkejut apabila peminat mula bercakap tentang dia dan Angel. Dalam masa yang sama, pelakon drama Projek: High Council ini akui terkejut kisah mereka mula menjadi perhatian ramai. "Saya pun terkejut bila orang mula bercakap fasal ini," jawabnya ringkas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!