DITAWARKAN peluang menjadi salah seorang peserta dalam program realiti komedi Mega Spontan 2023, pelakon Ramona Zamzam bagaimanapun tidak mahu dirinya dikenali sebagai pelawak. Kata Ramona atau Ros Ramona Zamzam, 33, pada awalnya dia teragak-agak untuk menerima tawaran itu kerana bimbang dilabel sebagai seorang pelawak. Ramona rindu ingin berlakon watak serius. "Mula-mula saya dapat tawaran saya macam tak pasti sebenarnya sebab saya bimbang program ini lebih ke arah pelawak. "Macam mana kalau nanti saya akan mula digelar sebagai pelawak. Saya tidak rasa ia adalah misi utama saya untuk masuk dalam industri hiburan ini. ARTIKEL BERKAITAN: Takut terpalit kontroversi... Ramona Zamzam bukan jenis 'gila glamor', jaga status isteri ARTIKEL BERKAITAN: Ramona Zamzam berang dituduh pro-Zionis - "Gila ke? Saya berkahwin dengan orang Palestin" "Saya memang datang daripada bidang lakonan. Jadi, kalau boleh saya nak beri fokus lebih kepada berlakon," katanya kepada mStar. Ramona berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Mega Spontan 2023 yang diadakan di Hotel Vivatel, Kuala Lumpur pada Khamis. Selepas mempertimbangkan tawaran itu, Ramona berkata dia akhirnya bersetuju menyahut cabaran tersebut selepas mengadakan beberapa perbincangan bersama pihak produksi. Saya pun dah selesa digelar sebagai pelakon dan bukannya pelawak. RAMONA ZAMZAM PELAKON "Bukan kata tak nak cuma saya hanya risau jika program ini membawa saya ke arah menjadi seorang pelawak. "Bila saya selidik, rasa macam menarik juga tawaran ni sebab saya memang suka buat benda baharu. "Bila dah berbincang untuk beberapa kali, saya terus bersetuju sebab kalau tak cuba takkan tahu dan kita takkan terima cabaran tu," ujarnya. Sementara itu, pelakon drama Nora Elena itu juga meluahkan kebimbangan sekiranya dia terlupa untuk menjiwai watak-watak berat dalam drama. Pun begitu, Ramona tidak menolak setiap tawaran yang datang dan menganggap ia adalah sebuah rezeki untuk dia meneruskan kerjaya dalam dunia hiburan. "Saya pun dah selesa digelar sebagai pelakon dan bukannya pelawak. Saya risau bila dah lama tak berlakon watak serius kita lupa macam mana nak feel watak-watak berat. "Tapi saya tidak menolak setiap tawaran yang ada kerana menganggap semuanya adalah satu rezeki. Ramona bakal menyertai Mega Spontan 2023. "Saya pun sebenarnya sangat bersyukur asalkan dapat meneruskan kerjaya. Syukur sangat Alhamdulillah saya tak nak complaint," katanya. Selain Ramona, Mega Spontan 2023 turut disertai oleh barisan selebriti popular tanah air termasuk Mark Adam, Adlin Aman Ramli, Naim Daniel dan Datuk Jalaluddin Hassan. Mega Spontan akan berlangsung selama lapan minggu dan bersiaran secara langsung mulai 19 Mei ini, setiap Jumaat pada pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!