suria

Emma Maembong selamba dukung anak sulung, netizen tegur ibu baru bersalin tak boleh angkat berat

Aksi Emma bersila dan dukung anak pertama buat netizen bimbang.

BARU sahaja melahirkan anak kedua pada Rabu lalu, gelagat dan aksi bersahaja pelakon Emma Maembong semasa berpantang mencetuskan kebimbangan ramai.

Mana tidaknya, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 31, dilihat selamba mendukung anak sulung iaitu Shariq Gabriel semasa majlis aqiqah putra keduanya.

Tindakan Emma itu mengundang kebimbangan netizen dan rata-ratanya menasihati aktres berkenaan supaya menjaga kesihatan tubuh selepas bersalin.

21414124

Emma bersahaja dukung anak sulung semasa pantang.

"Aku yang seriau tengok Emma rileks dukung anak sulung dia. Ngilu rasa perut baru lepas bersalin.

"Kenapa Emma yang dukung anak sulungnya, lepas itu duduk bersila pula itu. Kami tolong risau keadaan Emma.

"Emma lepas bersalin jangan angkat benda berat-berat, patut rehatkan badan dulu. Badan nak pakai lama Emma," antara komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Shariq dah jadi abang! Emma Maembong selamat timang bayi lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong dan suami beri ‘duit raya’ iPhone buat dua pembantu rumah

Sebelum itu, Emma menerusi Instagram berkongsi video sekitar majlis aqiqah anak keduanya yang diadakan pada Jumaat.

Menerusi ruangan kapsyen, Emma mengucapkan syukur kerana majlis kecil-kecilan yang diadakan itu berjalan lancar.

"Alhamdulillah selesai majlis aqiqah anak kedua Shakil Aryan Shah. Hanya kecil-kecilan bersama keluarga dan rakan. Semoga menjadi anak yang soleh.

79667984_2598124160307268_228736587951767552_n

Emma selamat lahirkan anak kedua pada 10 Mei lalu.

"Amin ya rabb dan terima kasih untuk semua doa dan ucapannya," tulisnya.

Pada 10 Mei lalu, suami Emma iaitu Muhammad Shazli memaklumkan isterinya selamat bersalin secara normal dan anak kedua mereka itu dilahirkan dengan berat 3.4 kilogram.

Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain