suria

Rezeki miliki anak tiri selepas kahwin, Mawar Rashid banyak belajar kehidupan sebagai seorang ibu

Mawar bersyukur dikurniakan anak-anak tiri.

MEMILIKI dua orang anak tiri selepas berkahwin banyak mengajar pelakon Mawar Rashid mengenai kehidupan sebagai seorang ibu.

Kata Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, di awal perkahwinan dengan suami iaitu Raf Yaakob, dia sudah diberikan rezeki merasai pengalaman indah bergelar seorang ibu.

mawar1 - 1

Kasih Mawar terhadap anak-anak tidak berbelah bahagi.

"Selamat hari ibu untuk saya. Ibu kepada lima orang anak. Tiga orang yang saya lahirkan dan dua orang yang rezeki Allah bagi daripada perkahwinan terdahulu suami.

"Rayyan dan Raysaa banyak bagi Mummy belajar untuk jadi seorang ibu. Dulu Mummy selalu tertanya adakah perasaan seorang ibu sebegini indah, perasaan bahagia dan sayang bersama anak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid dan Raf Yaakob timang bayi perempuan, beri gelaran 'RSRS'

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tegur loghat Thailand Mawar Rashid nampak tak ori... Siap tuduh guna Google sebelum cakap!

Mawar berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya sempena sambutan hari ibu yang diraikan pada Ahad.

Mawar bagaimanapun berkata persoalan mengenai perasaan sebagai ibu itu lebih difahami selepas dia melahirkan anak sulungnya, Rafael.

"Selepas saya sudah melahirkan Rafael barulah saya mendapat jawapan.

"Ya perasaan yang sama. Bahagia dan sayang serta sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak semua," ujarnya.

mawar2 - 1

Mawar bahagia bersama Raf.

Untuk rekod, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Roseanna Camilya yang kini berusia empat bulan.

Mawar turut memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain