suria

Slam tak puas hiburkan peminat, bakal anjurkan konsert ‘Nurkasih’ Ogos depan

Harga tiket konsert Nurkasih mula terjual sejak 5 Mei lalu.

SELEPAS kejayaan Konsert Slam Menteri Muncul Lagi, kumpulan ini sekali lagi mengubati rindu peminat dengan menganjurkan konsert Nurkasih yang bakal diadakan pada 6 Ogos depan di Zepp Kuala Lumpur.

Kumpulan Slam dianggotai Zamani, Shah, Eddie, Lili dan Man berharap peminat terus memberikan sokongan padu dengan hadir menyaksikan konsert kali ini.

Tambahan pula, seleksi lagu mereka seperti Nurkasih, Gerimis mengundang, Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, dan Rindiani masih menjadi siulan kelompok usia sehingga kini.

Slam 3

Slam harap sokongan peminat di konsert Nurkasih.

"Kami berharap peminat Slam akan terus memberi sokongan kepada kami dan juga konsert Nurkasih," katanya.

Dalam konsert berkenaan, Slam berjanji akan menggamit kenangan peminat dengan menyampaikan sekitar 18 hingga 20 lagu hits mereka.

Tiket konsert Nurkasih bermula dengan serendah RM198 sehingga RM5000.

ARTIKEL BERKAITAN: Zamani Slam syukur kahwin sebelum pandemik Covid-19 - “Sekarang ada yang jaga, kalau tidak... duduk seorang diri di rumah masa PKP”

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih setia dengan saya dalam keadaan straight atau bengkok” - Zamani pukau penonton Konsert Slam Mentari Muncul Lagi

Bukan sahaja berhibur, peminat juga turut berpeluang meluangkan masa bersama kumpulan kesayangan ramai itu.

Difahamkan tiket termahal konsert ini juga telah terjual sejak hari pertama jualan dibuka pada 5 Mei lalu menerusi laman web rasmi mereka.

Konsert kali ini dibawakan oleh AVG & WMD selaku penganjur utama, manakala Belbis selaku rakan produksi bersama Mewah Event Management (MEM) sebagai rakan strategic bagi konsert tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain