SERING ketinggalan menyaksikan pasukan bola sepak kegemaran anda beraksi? Ia bukan lagi masalah apabila anda boleh terus menonton perlawanan bola sepak secara langsung menerusi aplikasi penstriman hiburan tempatan sooka sejak Februari lalu. Dengan tagline Demi Liga Kita, sooka membawakan 244 perlawanan Liga Malaysia 2023 melalui lima pertandingan pada musim ini termasuk Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, dan MFL Challenge Cup khas buat penonton. Ketua Rancangan sooka, Emarina Mohd Kamal berkata, pihaknya teruja dapat menyediakan platform yang memudahkan peminat bola sepak tempatan menonton aksi bintang kesayangan mereka di mana sahaja secara langsung. Apa lebih menarik kata Emarina, sooka bukan sahaja menyediakan pelan khas buat pelanggan yang menguntungkan tetapi juga tidak terbeban dengan bayaran serta kontrak yang ketat. "Kami teruja membawa Liga Malaysia 2023 di aplikasi sooka, untuk memastikan para peminat bola sepak tempatan dapat menikmati penstriman aksi bola sepak secara langsung yang berterusan, terus daripada skrin peranti mudah alih dan Smart TV anda. ARTIKEL BERKAITAN: sooka bakal tampil program realiti mencari cinta, peluang peminat pikat aktor misteri... Bukan sahaja ‘macho’ tapi masih bujang! ARTIKEL BERAKITAN: Kisah Hantu Raya Pergi Perang, siri original kedua sooka dan drama terakhir arwah Adibah Noor "Kami ingin memastikan para peminat sukan tidak akan terlepas mana-mana perlawanan atau gol penting sepanjang musim Liga Malaysia 2023. "Dan memberikan para peminat kebebasan untuk memilih pengalaman menonton bola sepak melalui skrin pilihan mereka, serta membuat bayaran mengikut kemahuan mereka melalui pelan-pelan bebas kontrak dan bebas komitmen yang kami tawarkan. "Matlamat kami adalah untuk terus menyampaikan pengalaman menonton sukan yang penuh kebebasan kepada para penonton, tanpa kerisauan atau batasan," katanya. Pengguna boleh melanggan pelan VIP+Sports pada harga RM34.90 sebulan Dalam pada itu, Emarina berkata, bagi musim kali ini, pengguna dapat menyaksikan bintang bola sepak tempatan seperti Arif Aiman, Faisal Halim, dan pemain legenda Safiq Rahim membawakan aksi tidak senang duduk melalui pelan serendah RM4.90 untuk setiap Pas Perlawanan. Namun, jika tidak mahu ketinggalan untuk melihat Johor Darul Ta’zim F.C. kekal dominan atau dikejutkan oleh pasukan-pasukan gergasi yang lain seperti Selangor FC dan Terengganu FC, pengguna boleh melanggan beberapa pelan VIP yang pastinya berbaloi. Dalam usaha merancakkan lagi kempen tersebut, sooka turut tampil dengan sebuah muzik video mengangkat tema Sorak Bola Ikut sooka. Apa lebih menarik, video berkenaan yang dimuat naik di YouTube turut menampilkan tiga selebriti popular iaitu Nadhir Nasar, Amir Ahmaf dan Chubb-E. Mesej yang cuba disampaikan menerusi video pendek itu, Liga Malaysia 2023 boleh ditonton di mana sahaja berada seperti di rumah, kedai mamak bersama teman-teman atau di mana sahaja dengan adanya pakej sooka tersebut. Pengguna juga boleh melanggan pelan VIP+Sports pada harga RM34.90 sebulan dan ia membolehkan untuk mengakses kepada semua sukan termasuk Liga Malaysia dan kesemua rancangan hiburan sooka selain dapat ditonton melalui peranti mudah alih. Manakala pengguna yang memilih pelan VIP TV yang berharga RM62.90 sebulan pula bakal merasai pengalaman menonton melalui Smart TV, akses tunggal kepada peranti mudah alih, dan penstriman semua sukan termasuk Liga Malaysia, Premier League, dan kesemua rancangan hiburan. Untuk mengetahui perkembangan terbaharu mengenai sooka, ikuti sooka di Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram di (@sookamalaysia), atau layari https://get.sooka.my/vipsports Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube