suria

Baru seminggu tiada ‘job’ Azrel Ismail dah gelabah, rupanya rancang kahwin tahun depan

Azrel lebih suka dengan jadual yang sibuk.

PELAKON Azrel Ismail gelabah apabila tiada tawaran berlakon meskipun baru beberapa minggu berehat dan tidak terlibat dengan mana-mana penggambaran.

Azrel, 39, berkata, berehat di rumah membuatkan dia tak senang duduk dan lebih suka bekerja apatah lagi memikirkan soal komitmen serta perbelanjaan harian.

"Bila orang tanya tentang kerja dan jawapannya tiada, rasa seram juga. Sebelum ini jadual saya memang padat. Walau baru seminggu tiada job, saya memang dah gelabah.

"Bukan apa, kena fikir komitmen yang perlu dibayar. Simpanan itu ada tetapi saya tidak mahu menggunakannya sampai licin.

azrel ismail 2

Tiada tawaran kerja membuatkan Azrel mudah merasa bodan di rumah.

"Saya suka bekerja... kalau asyik duduk rumah, mula rasa bosan. Jika ada tawaran berlakon atau perkara berkaitan, ia tanda selamat dari segi pendapatan," katanya kepada mStar.

Disebabkan itu juga kata Azrel, dia bukan seorang pelakon yang terlalu memilih watak sebaliknya akan menerima apa sahaja tawaran asalkan ia bersesuaian dan tidak melanggar prinsipnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mudah menangis dalam lakonan, Azrel Ismail sapu minyak angin cara keluar air mata

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 4 pagi ke gim dan ‘intermittent fasting’ cara Azrel Ismail jaga badan

Mengidamkan watak anggota beruniform, Azrel bagaimanapun sedar filem atau drama genre aksi memerlukan komitmen tinggi termasuk mental dan fizikal.

“Mungkin ada pelakon yang suka memilih watak, tetapi tidak bagi saya. Kalau terlalu memilih susah juga... nanti orang lain dapat job itu saya pula yang tiada kerja.

“Saya memang tidak akan memilih, cuma kalau genre aksi kena berfikir juga sebab ia memerlukan komitmen yang tinggi dari segi menjaga penampilan,” ujarnya.

Bila orang tanya tentang kerja dan jawapannya tiada, rasa seram juga!

AZREL ISMAIL

PELAKON

Diusik soal peribadi, Azrel mengakui kini sedang bercinta dan merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih yang mula dikenali sejak setahun lalu.

Namun dia lebih selesa untuk tidak mendedahkan identiti wanita usia 20-an itu kerana bimbang apa yang dihajatkan tidak menjadi.

azrel ismail 3

Azrel kini sedang bahagia bercinta.

“Sekarang ini dah ada (kekasih). Kami kenal setahun lalu dan dia bukanlah seseorang yang bekerja dalam industri seni.

“Perancangan untuk berkahwin juga ada. Mungkin tahun depan. Saya pun sedia untuk berkahwin cuma kalau cakap tahun ini mungkin jodoh belum sampai.

“Buat masa sekarang biarlah rahsia dahulu. Mestilah kena rahsiakan, sebab nanti kalau tak jadi kena kejar media lagi,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain