KAKAK kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong berdepan ujian hebat apabila kedai Cekopis miliknya yang terletak di Desa Pandan Kuala Lumpur mushah akibat ribut pada Jumaat lalu. Shikin atau Siti Nur'Ashikin Ismail, 40, berkata, ketika kejadian dia berada di luar kawasan dan menerima khabar duka itu daripada peniaga bersebelahannya yang turut mengalami nasib sama. Katanya, kerosakan yang berlaku menyebabkan dia mengalami kerugian besar dan memerlukan modal RM20,000 untuk membaikinya namun bersyukur tiada pekerjanya yang tercedera. "Kedai saya hancur, bahagian belakang kedai saya rosak teruk. Barang banyak ada yang dekat dalam tapi nasihat pihak Bomba untuk tidak ambil barang itu. Bahagian belakang kedai Shikin musnah. "Mereka kata kalau kita ambil bimbang tiang akan runtuh. Banyak barang rosak macam peti ais... peti ais beku untuk simpan barang pun rosak. Tapi ada juga barang yang dapat diselamatkan. "Saya masih dekat Taiping dan pun belum tengok tempat kejadian tapi ada pekerja kedai sebelah beritahu dan hantar keadaan kedai pada saya. Anggaran kos kira-kira dalam RM15,000 hingga RM20,000 untuk baiki segala kerosakkan," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Video ‘Wes Anderson’ bayangan bakal nikah, Cat Farish anggap Shikin Maembong calon paling tepat ARTIKEL BERKAITAN: Anak buat Shikin Maembong terbuka hati bercinta, kagum sikap kebapaan Cat Farish - “Arianna panggil dia daddy” Bercerita lebih lanjut, Shikin berkata ketika menerima khabar tersebut dia menangis di depan kekasihnya yang juga penyanyi dan komposer Cat Farish kerana bimbang dengan keadaan kedainya yang musnah. Dia bagaimanapun bersyukur apabila Cat berjanji untuk mengharungi kesusahan itu bersama-samanya sehingga semuanya selesai. "Masa hari kejadian itu, saya sebenarnya menangis tengah malam. Hati tak tenang sebab saya tak ada dekat Kuala Lumpur. Saya fikirkan barang-barang dekat dalam kedai itu macam mana dan risau. Hati tak tenang sebab saya tak ada dekat Kuala Lumpur. Saya fikirkan barang-barang dekat dalam kedai itu macam mana dan risau. SHIKIN MAEMBONG KAKAK EMMA MEMBONG "Tapi yang meredakan saya waktu itu adalah Abang Cat. Saya menangis depan dia dan dia pun tenangkan saya. Dia kata nak harung sama-sama, kalau dulu sorang-sorang mungkin tak terurus semuanya. Saya pun lebih tenang disebabkan dia," jelasnya. Dalam pada itu, Shikin juga memberitahu bahawa kedainya bakal berpindah di kawasan yang lebih selamat untuk sementara waktu. Jelasnya, keputusan tersebut dibuat selepas pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan kawasan berkenaan mengambil masa dua bulan untuk dibaiki. Proses baik pulih ambil masa dua bulan. "Kami pun akan berpindah ke lokasi baharu sebab kedai di situ akan ambil masa dua bulan untuk kembali pulih sepenuhnya. "Jadi saya akan berniaga di kedai kawan saya di Melawati untuk sementara waktu," ujarnya. Sebelum ini, Shikin memuat naik sebuah video yang memaparkan keadaan kedainya musnah akibat ribut yang melanda Kuala Lumpur baru-baru ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!