PENYANYI Ani Maiyuni mengakui turut terkena tempias kecaman apabila ada segelintir rakan artis dangdut dikatakan sengaja mencipta sensasi untuk meraih perhatian. Menurut Ani atau Aishah An Nur Osman, 45, disebabkan perkara negatif itu ramai yang memperlekehkan perjuangan rakan-rakan artis lain yang mahu mencari makan dalam industri muzik. Dalam hal ini, Ani menasihati mereka supaya lebih peka dalam memuat naik kandungan di media sosial dan menggunakan platform itu untuk menyebarkan nilai positif. Ani berharap seorang selebriti lebih peka dalam memuat naik content di sosial media. "Segelintir artis dangdut yang suka buat content mengundang kecaman kemudian dakwa diri sebagai mangsa... yang salah itu sebenarnya pada diri individu tersebut. "Ia memberi impak kepada artis dangdut lain sehingga ada yang bertanya untuk meminta komen. Tolonglah buat content yang boleh memberi kebaikan kepada orang. "Bagi saya tak perlu buat content sebegitu di media sosial. Saya tidak perlukan semua itu kerana saya 'jual' kerjaya," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin sebab saya tak ada title PU”... Baby Shima lantang isu pendakwah bantah konsert, tiada niat hina agama ARTIKEL BERKAITAN: Ani Maiyuni lali hadap selebriti baharu buat perangai sombong, sifatkan generasi Z kurang adab Ani ditemui ketika sidang media Konsert Goyang Asia Koplo Milenia yang berlangsung di Petaling Jaya pada Isnin. Bercakap mengenai sambutan terhadap lagu-lagu genre dangdut, Ani meluahkan rasa kecewa apabila tidak diberikan peluang mengadakan acara besar seperti konsert dan sebagainya. Sedangkan penyanyi dangdut di Malaysia tak menang tangan menerima tawaran nyanyian. "Kami sesama rakan artis ada pernah juga mengeluh kerana kurang mendapat ruang seperti konsert, program televisyen dan juga radio. "Sedangkan show kami non-stop. Malah seminggu ada tiga atau empat show sehingga terpaksa tolak dan berikan kepada orang lain. Bagi saya tak perlu buat content sebegitu di media sosial. Saya tidak perlukan semua itu kerana saya 'jual' kerjaya ANI MAYUNI PENYANYI "Mestilah rasa terkilan kerana lagu dangdut masih ada permintaan tetapi tiada ruang buat kami," ujarnya. Justeru itu, penyanyi lagu Sedap ini mengharapkan konsert yang bakal berlangsung pada 12 Ogos nanti menjadi permulaan terbaik buat genre dangdut terus mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan. "Sebenarnya ramai yang bertanya bila kami (penyanyi dangdut) nak bergabung untuk buat konsert secara besar-besaran. Rasanya sudah lama tidak ada konsert dangdut di Malaysia. Ani bersama rakan artis yang terlibat dalam Konsert Goyang Asia Koplo Milenia. "Saya melihat konsert akan datang ini menjadi permulaan untuk lebih banyak acara besar melibatkan penyanyi dangdut," jelasnya. Selain Ani, konsert tersebut turut menampilkan Baby Shima bersama gabungan empat penyanyi dari Indonesia iaitu Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesti Klepek Klepek dan Rhena Morena. Acara tersebut bakal berlangsung di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara dan tiket sudah mula dijual di www.ticket2u.com. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!