SELAIN berlakon dan menyanyi, umum mengetahui artis veteran Jaafar Onn mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari sehingga sering menjadi pilihan sebagai duta atau juri program berkaitan masakan. Tidak lokek dengan ilmu yang ada, Jaafar, 72, memberitahu dia juga sentiasa bersedia membantu mana-mana usahawan atau peniaga dengan pengalaman yang ada termasuk mempromosikan produk menggunakan platform media sosial miliknya. Jelasnya lagi, tidak salah untuk saling bantu membantu malah dia sendiri ingin melihat anak Melayu berjaya dalam perniagaan yang mereka ceburi. “Kita ada cara kita menjual. Kita tolong Melayu sama Melayu tapi ikut saluran betul. Saya juga ingin bantu anak Melayu terus berjaya. Bukan wang ringgit yang saya kejar tapi saya ingin menyumbang sesuatu kepada orang ramai,” katanya. Jaafar gembira dapat bantu orang Melayu berniaga. Jaafar mengulas perkara itu sebagai menjawab tindakannya yang dilihat giat membantu pemilik Restoran Nasi Kukus Tonggek (NKT) mempromosikan perniagaan mereka di laman sosial TikTok. Kata Jaafar, meskipun sering menerima kecaman ketika mempromosikan restoran itu, Jaafar berkata dia tidak mengambil pusing kata-kata negatif dilemparkan kerana niatnya murni. Sebaliknya Jaafar menyifatkan pandangan serong atau negatif tidak mewakili secara keseluruhan malah tidak memberi kesan kepadanya. ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Khalid sempat doa selamat panjang umur kepada Jaafar Onn, status FB jadi mesej akhir - “Tak sangka ajal dia sampai dulu” ARTIKEL BERKAITAN: Rohana Jalil sudah sedar tapi masih kritikal dalam ICU, Jaafar Onn kongsi perkembangan terkini “Saya tidak kekok untuk aktif dan buat ‘live’ di media sosial. Walaupun orang cakap macam-macam, saya terima seadanya. “Kalau ada orang kata jangan buat ‘live’ kerana usia sudah lanjut, saya tidak peduli. Apa yang saya buat adalah kerja saya. “Kalau ada orang kecam sekalipun, bagi saya, hanya satu peratus sahaja. Ada juga netizen suruh saya berehat sahaja namun dalam hidup ini, ada masa untuk kita berehat dan mencari duit. Bukan wang ringgit yang saya kejar tapi saya ingin menyumbang sesuatu kepada orang ramai. JAAFAR ONN PELAKON&PENYANYI “Kalau sentiasa berehat, siapa pula mahu beri kita duit?” katanya. Sementara itu, Jaafar berkata, dia kagum dengan pemilik NKT iaitu Muhammad Nur Aiman Basuni yang berjaya meluaskan rangkaian restorannya itu di kawasan tumpuan pelancong luar negara iaitu Bukit Bintang selepas empat tahun beroperasi. Apa lebih mengagumkan kata Jaafar, kejayaan itu turut menjadikan NKT sebagai produk Melayu pertama yang membuka restoran nasi kukus di lokasi popular berkenaan. "Makanan Malaysia mempunyai rasa dan keunikan tersendiri kerana sentiasa menerima pandangan baik daripada orang luar terutamanya pelancong. Jaafar tak ambil pusing dengan kata-kata orang. "Kejayaan NKT membuka cawangan di Bukit Bintang dapat memberi peluang kepada pelancong merasai keunikan hidangan tempatan," katanya. Dalam perkembangan lain, Nur Aiman berkata, di sebalik kejayaan tersebut, Jaafar atau lebih mesra dengan sapaan Papa Jaafar banyak membantunya melariskan perniagaannya. “Semua ada impian untuk meluaskan pasaran ke luar negara. Jika ada peluang itu, kita tidak menolak. “Hari ini, impian untuk membuka cawangan Nasi Kukus Tonggek yang betul-betul berada di lokasi tumpuan orang ramai termasuk pelancong luar negara, iaitu di Bukit Bintang juga tercapai dengan bantuan Papa Jaafar Onn,” ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!