SELEPAS beberapa nama penyanyi Malaysia menghiasi papan iklan digital di Times Square New York, kini giliran Ernie Zakri pula terpampang di billboard berkenaan. Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, berkata, dia sendiri tidak pernah menjangkakan perkara itu namun menyifatkan ia sebagai kejayaan untuk lebih dikenali ramai. “Semestinya, saya sangat gembira dengan berita ini. Alhamdulillah, ia sememangnya salah satu kejayaan terbesar dalam kerjaya saya sebagai seorang penyanyi solo. "Saya tak pernah terbayang yang satu hari nanti wajah saya akan terpampang di papan iklan digital Times Square yang memang dikenali seluruh dunia,” katanya. Wajah Ernie terpampang di papan iklan digital New York Times Square. Penampilan Ernie pada papan iklan digital tersebut sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen Equal oleh platform penstriman muzik digital, Spotify. Equal merupakan program anjuran Spotify yang memperjuangkan kesamaan dalam mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia. Mengulas mengenai perkara itu, Ernie berkata setiap nyanyiannya adalah pesanan buat kaum wanita selain ingin menjadi isteri dan ibu yang baik buat keluarganya. ARTIKEL BERKAITAN: Malam raya Ernie Zakri dan Syamel di hospital, teman bapa di wad sebelum balik kampung ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong pantau pentaksub anda!” - Ernie Zakri minta peminat henti bertelagah, tiada masalah dengan Aina Abdul “Saya sentiasa ingin menjadi versi terbaik diri saya. Kebanyakan lagu saya membawa pesan pemerkasaan wanita dan inilah yang ingin saya laungkan. Mimpi boleh menjadi kenyataan jika kita bekerja dengan bijak. Banyak yang telah saya pelajari. "Dulu saya fikir bekerja keras adalah kunci segalanya, tapi kini setelah bergelar ibu dan isteri saya mengerti bahawa saya perlu bekerja dengan bijak jika ingin mengecapi keseimbangan dalam hidup dan kerjaya. Akhirnya, penguat semangat dan pendorong saya adalah keluarga tercinta," jelasnya. Terkenal dengan kemantapan vokal yang hebat, Ernie gembira melihat segala penat lelahnya kini membuahkan hasil. Kejayaan terbaharu ini adalah salah satu daripadanya. Saya sentiasa ingin menjadi versi terbaik diri saya. ERNIE ZAKRI PENYANYI Dalam pada itu, Ernie memberitahu bahawa tahun 2023 ini seakan memihak kepadanya apabila banyak kenangan manis tercipta secara peribadi. Malah dia juga mempunyai banyak perancangan untuk tahun ini. “Saya bercadang untuk menghasilkan lebih banyak lagu dan juga mungkin sebuah album pada hujung tahun ini. Keluarga pendorong Ernie dalam berkarya. "Banyak yang sudah saya rancangkan jadi tolong doakan semuanya dimudahkan,” katanya lagi. Sebanyak 35 senarai lagu Equal membabitkan artis daripada 50 negara, Ernie adalah salah seorang wakil bagi senarai lagu Equal Malaysia dan Singapura. Ernie juga tersenarai sebagai Lagu Terbaik Global Equal yang menyenaraikan penyanyi Equal mewakili muzik dari artis sejagat seluruh dunia. Selain Ernie, antara wajah yang pernah menghiasi papan iklan digital gergasi itu termasuklah Yuna, Datuk Siti Nurhaliza, Dolla, Aina Abdul, Kaka Azraff, Layla Sania, Iman Troye, Aisha Retno, Vanessa Reynauld dan ramai lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!