suria

[V] Keluarga tak halang pilih jalan hidup sendiri, isu agama peribadi buat Jasmine Suraya

Jasmine anggap belajar agama sesuatu yang rahsia.

PERCUTIAN pelakon Jasmine Suraya ke India baru-baru ini menjadi perdebatan dalam kalangan peminat apabila kunjungannya ke negara itu dikatakan bagi menukar agama dianutinya.

Pemilik nama sebenar Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 34, bagaimanapun berkata, isu agama adalah sesuatu yang peribadi dan tidak sepatutnya dibicarakan secara terbuka.

"Bagi saya isu agama adalah peribadi walaupun kecoh saya dikatakan menukar agama ketika bercuti di India sampaikan saya terima banyak mesej (DM) di laman sosial bertanya mengenai perkara itu.

"Tapi saya rasa agama adalah sesuatu yang sensitif dan peribadi. Sejak kecil saya mempelajari agama secara rahsia memandangkan bapa saya seorang freethinker (tidak percaya agama)," katanya kepada mStar.

343047029_1362948671221277_5676492257627094611_n

Jasmine anggap isu agama sensitif dan peribadi.

Jasmine yang beragama Kristian berkongsi perkara itu ketika hadir di Rumah Terbuka mStar, Majoriti dan Majoriti 7 di Menara Star pada Selasa.

Dalam pada itu, Jasmine berkata, kekecohan itu turut membuatkan ibunya berasa bimbang dan ingin mengetahui tentang perkara sebenar yang berlaku.

Bagaimanapun kata aktres ini, ibunya yang juga beragama Kristian tidak pernah menghalang dia memilih agama yang dipercayai cuma tidak mahu dia membuat sesuatu keputusan hanya berdasarkan desakan dan tanpa kerelaan hati.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Air mata Jasmine Suraya mengalir kali pertama hadir kelas agama Islam, siap masuk grup Telegram Neelofa

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya suka pakai tudung, tak perlu risau nak 'flip' rambut" - Netizen puji Jasmine Suraya cantik berhijab

"Ibu saya memang terkesan apabila membaca berita yang keluar fasal saya kerana dia sendiri tidak tahu apa-apa... jadi dia hanya bertanya tentang situasai sebenar.

"Sebenarnya ibu saya tidak pernah menghalang sebab bapa saya sendiri seorang freethinker. Bagi ibu, agama adalah antara saya dan Tuhan.

"Kalau nak pakssa saya tapi hati saya tak ikhlas nak buat apa, kan? Sebab itu ibu beri saya kebebasan memilih agama apa yang saya mahu anuti tetapi saya perlu betul-betul yakin dan ikhlas sebelum buat sebarang keputusan," ujarnya.

340836571_584662633622060_5535401592186768441_n

Ibu beri kebebasan kepada Jasmine pilih agama.

Meskipun diasak dengan pelbagai persoalan mengenai isu agama, Jasmine memberitahu dia tidak berasa tertekan dengan perkara itu malah keadaan kesihatan mentalnya dalam keadaan baik.

Sebaliknya dia berasa gembira apabila ada peminat masih ingin mengambil tahu tentang dirinya meskipun ia isu sensitif.

"Saya okay sahaja sebab saya rasa semua orang berhak beri komen. Jika berbesar hati jika ada yang mahu mengambil tahu tentang diri saya.

"Tapi apabila berkaitan agama ini, rasanya biarlah ia sekadar pengetahuan saya sahaja," ujarny

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain