suria

Roslan Shah jadi buruan syarikat korporat sebagai pengacara, ikhlas dan tak ‘demand’ rahsia murah rezeki

Roslan percaya pada rezeki yang tertulis buatnya dalam dunia pengacaraan.

SIKAP bersahaja dan ceria sehingga mampu memeriahkan suasana membuatkan Roslan Shah sering menjadi rebutan program hiburan dan korporat sebagai pengacara majlis.

Roslan, 51, berkata, meskipun sudah lama tidak muncul di televisyen namun dia sentiasa berpegang kepada rezeki yang sudah tertulis buatnya.

"Ya, saya ada dapat beberapa tawaran menjadi pengacara majlis korporat sebab mereka kata saya ini seorang yang ceria dan mampu membuatkan sesebuah majlis menjadi meriah.

"Saya percaya pada rezeki, saya pun dah banyak jadi pengacara majlis korporat di Malaysia, Brunei dan Batam, Indonesia," katanya kepada mStar.

Roslan ketika menjadi pengacara di Rumah Terbuka mStar, Majoriti dan Majoriti 7.

Mempunyai 25 tahun pengalaman dalam bidang pengacaraan, Roslan atau lebih mesra dengan panggilan Cik Lan memberitahu dia sentiasa ikhlas dalam melakukan tugasnya.

Sentiasa fokus dengan kelebihan diri membuatkan gaya pengacaranya menjadi salah satu faktor dia sentiasa berjaya menambat hati tetamu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertanggungjawab insiden Kamal Adli diserang, Roslan Shah perjelas tuduhan tiada pengawal keselamatan kawal artis

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuan umrah dipersoal, Roslan Shah anggap Azwan Ali hina Islam

"Dalam bidang seni ini yang penting ke ikhlas, jangan terlalu demand sebab kalau demand nanti orang meluat tak suka.

"Fokus pada kerja kita... Saya tiga dalam satu macam jadi pengacara, penyanyi dan pelawak. Saya ada pakej sebab itu selalu dapat tawaran walaupun jarang muncul di televisyen.

Saya ada pakej sebab itu selalu dapat tawaran.

ROSLAN SHAH

PENGACARA

"Sebagai penghibur yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun ini saya. Saya juga seorang yang profesional... dalam melawak pun saya spontan saja," ujarnya.

Kata Roslan, dia bukannya tidak mahu muncul di televisyen namun pihak produksi sukar menghubunginya kerana kerap berulang alik dari Singapura dan Malaysia.

Namun dua drama lakonannya bakal menemui penonton sekali gus akan mengubati hati peminat yang rindu dengan telatahnya.

Roslan 1

Roslan bersama Nabila Razali, Datuk DJ Dave dan Mamat Sepah.

"Saya jarang muncul di televisyen kerana mereka susah nak hubungi saya, nombor telefon saya lain. Tapi sekarang ramai cari saya melalui Instagram pula dan menawarkan saya untuk jadi pengacara.

"Ada peminat suruh saya masuk Gegar Vaganza tapi belum ada rezeki lagi. Tapi saya ada dua drama lakonan saya yang belum keluar lagi.

"Dua-dua drama dah habis penggambaran dan wataknya komedi," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain