KESIBUKAN kerja sama sekali tidak mengganggu fokus pelakon Puteri Sarah terhadap dua orang cahaya mata kesayangannya. Kata Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, setiap pagi dia akan menyelesaikan tanggungjawab di rumah terlebih dahulu sebelum keluar bekerja. Meskipun sedang berdepan kemelut rumah tangga, Puteri Sarah berkata sokongan orang sekeliling membuatkan dia terus kuat untuk menjalani kehidupan seharian. Anak-anak menjadi keutamaan Puteri Sarah. "Iya, memang penat. Tetapi fokus utama saya tetap anak-anak. Walau sibuk pun saya pasti luangkan masa untuk mereka. Sebelum keluar kerja uruskan mereka dahulu. "Dalam keadaan sekarang ini saya ada sistem sokongan yang cukup kuat dari orang sekeliling. Semua yang dekat dengan saya memberi kerjasama baik," katanya kepada mStar. Puteri Sarah ditemui ketika sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Hijrah Jannah yang bakal bersiaran pada 5 Jun ini di saluran Astro Ria. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jika dua talak sudah dijatuhkan perceraian terkini Syamsul dan Puteri Sarah bertalak tiga ARTIKEL BERKAITAN: Banyak buang masa cakap fasal Syamsul, Puteri Sarah serah pada mahkamah isu rumah tangga Untuk rekod, Puteri Sarah dan pengarah Syamsul Yusof bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. Bercakap mengenai watak Munirah dalam drama Hijrah Jannah arahan Feroz Kader itu, Puteri Sarah berkata dia mencabar diri melakonkan watak antagonis dan perosak hubungan rumah tangga orang lain. Sedar ia akan menjadi buah mulut ramai susulan dirinya sendiri sedang berdepan masalah rumah tangga, aktres ini juga meluahkan rasa seronok kerana dapat memberi kelainan sebagai seorang pelakon. Seronok diberi cabaran membawakan watak Munirah sebagai perampas dalam rumah tangga orang lain PUTERI SARAH LIYANA PELAKON "Saya tiada masalah untuk bawakan watak ini. Masalah peribadi kita letak tepi, apabila masuk ke set penggambaran 'roh' watak itu akan datang sendiri. "Saya tahu orang akan kaitakan dengan isu peribadi. Kenapa tidak saya cuba sesuatu yang baru dalam hidup? Seronok diberi cabaran membawakan watak Munirah sebagai perampas dalam rumah tangga orang lain," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah juga bakal memulakan penggambaran sebuah filem di bawah arahan pengarah terkenal Indonesia iaitu Hanung Bramantyo. Barisan pelakon Hijrah Jannah. "Bukan berlakon filem sahaja, saya juga ada projek perniagaan dan kolaborasi muzik bersama Ade Govinda. "Inilah masa untuk saya pergi lebih jauh. Tak mahu kuburkan bakat di sini sahaja. Kisah peribadi saya dah tinggalkan," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!