suria

“Menyanyi di pentas bukan saya tapi dia” - Netizen pertikai Aisha Retno bantu Waode Big Stage buat persediaan

Aisha anggap tidak salah membantu sesama kawan.

PADA konsert minggu kelima Big Stage 2023 yang berlangsung pada Ahad lalu, nama Aisha Retno menjadi sebutan salah seorang pesertanya iaitu Waode dari Indonesia kerana penyanyi itu banyak membantunya dari segi persembahannya.

Bagaimanapun perkara itu kurang disenangi netizen yang mendakwa Aisha tidak sepatutnya menghulurkan bantuan kepada Waode kerana menganggap ia sebagai tidak adil.

Menjawab mengenai perkara itu, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 23, berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi perbalahan kerana merasakan dia ia bukan satu kesalahan membantu.

"Bagi saya untuk membantu dalam muzik bukanlah perkara berat kalau ada masa kita akan lakukan, kalau tak ada masa kita cakap tak ada masa.

346841973_259005053298125_4475852306380585112_n

Hubungan Aisha dan Waode rapat kerana ibu dan pakcik.

"Saya rasa tidak menjadi satu kesalahan atau melanggar kontrak sebab yang menyanyi di atas pentas itu bukan saya tetapi adalah peserta itu sendiri," katanya kepada mStar.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, pemenang tempat ketiga Big Stage musim keempat berkata dia hanya sekadar membantu memandangkan Waode kurang berpengalaman dengan pertandingan di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sutera’ dikatakan ciplak lagu ‘Lathi’, Aisha Retro anggap tuduhan bantu promosi lagunya

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno tak kejar viral, tetap keluar lagu walau kurang dapat sambutan... “Saya percaya pada rezeki”

"Seperti yang kita tahu Waode berasal dari Indonesia, jadi pengalaman mengenai Malaysia itu agak kurang. Kita sebagai rakan cuma membantu, tambahan pula bapa saudaranya adalah kenalan ibu saya.

"Bantuan yang diberikan juga tidak seberapa, dia hanya mahu mendalami dan memahami mengenai Big Stage dan apa perlu dilakukan.

"Lagipun Waode seorang penyanyi berbakat, sayang kalau saya tidak membantunya walaupun sedar dia mempunyai lebih banyak ilmu berbanding diri saya. Tiada salahnya kita saling tolong menolong," jelasnya.

330392403_220563537041309_7647033423437436399_n

Aisha sedia bantu perserta Big Stage 2023.

Malah kata Aisha, dia juga tidak teragak-agak untuk membantu peserta lain sekiranya mereka memerlukan bantuan sama daripadanya.

"Kenapa saya tak tolong yang lain, kemungkinan mereka sudah ada pasukan mereka sendiri. Saya pula tak nak masuk campur memandangkan mereka sudah ada team yang kukuh.

"Tapi kalau mereka memerlukan bantuan, saya akan sentiasa sudi untuk menghulurkan bantuan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain