PENYANYI Shila Amzah mendedahkan tunangnya iaitu Ubai berasa tertekan tentang soal kewangan memandangkan sumber pendapatannya lebih kukuh berbanding bakal suaminya itu. Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata, dia sedar tidak mungkin personaliti media sosial itu mencapai pendapatan seperti diperolehinya ketika ini namun itu bukan perkara menghalang hubungan mereka. Sebaliknya kata penyanyi lagu Patah Seribu ini, sekiranya keperluan wajib seperti nafkah dan urusan insurans dapat dilaksanakan Ubai, ia sudah mencukupi buat masa sekarang. "Kami banyak berbincang tentang soal ini. Sejujurnya dia tertekan tapi saya cakap dengan dia, usaha dan doa. Untuk dia capai seperti saya sekarang memang tak mungkin. Pasangan ini sudah merancang kewangan mereka selepas berkahwin nanti. "Asalkan kita dapat selesaikan nafkah apa yang patut, insurans dan perancangan beli rumah, itu sudah mencukupi buat masa sekarang," katanya. Shila berkongsi perkara itu menerusi ruangan soalan yang dibuka kepada pengikutnya di Instastory pada Rabu. Salah seorang peminatnya bertanya bagaimana Shila dan Ubai atau Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, merancang kewangan mereka kerana penyanyi itu dilihat mempunyai pendapatan lebih besar berbanding tunangnya. ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan disangka sudah putus, Shila Amzah dan Ubai bertunang ARTIKEL BERKAITAN: Lima bulan sulam cinta, Ubai lelaki sempurna buat Shila Amzah... ada pula sangka ucapan perpisahan! Dalam pada itu, Shila berkata, dia berasa kasihan dengan Ubai kerana umurnya yang masih muda tetapi terpaksa bekerja keras demi merapatkan jurang kehidupan mereka. Shila bagaimanapun tetap positif dan sering menasihatkan Ubai untuk berusaha sehabis baik dan menyerahkan selebihnya kepada rezeki. "Kasihan dia umur 25 tahun tapi kena 'pecut' untuk nak sama tara dengan saya. "Saya cakap buat sehabis daya, ditahap mana rezeki yang Allah bagi buat masa sekarang ini pun dah cukup," ujarnya. Pada Sabtu lalu, Shila mengikat tali pertunangan bersama Ubai yang diraikan dalam sebuah majlis tertutup dihadiri hanya rakan rapat dan saudara terdekat. Shila dikatakan rapat dengan Ubai pada awal Februari lalu dan mengakui mereka sedang menjalin hubungan cinta. Untuk rekod, sebelum ini Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!