PENYEBARAN berita palsu yang mendakwa beberapa nama besar dalam industri hiburan telah meninggal dunia kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Ramai terpedaya dengan berita berkenaan sehingga menyebabkan ia tersebar luas di media sosial tanpa sebarang usul periksa. Turut berdepan situasi sama ialah penyanyi Ezad Lazim yang didakwa meninggal dunia pada pertengahan Mei lalu. Lebih menyedihkan kata Ezad atau Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 43, ramai mempercayai berita berkenaan sehingga ada terkejut melihat dia masih hidup ketika muncul dalam video siaran langsung di TikTok. Berita palsu kematian Ezad Lazim. "Lewat malam semalam saya live di TikTok, ramai juga yang komen terkejut tengok saya. Ada juga yang ingat saya sudah meninggal dunia. Allahuakhbar," katanya. Ezad berkongsi perkara itu menerusi laman Facebook miliknya. Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Ezad meluahkan rasa terkejut berita palsu mengenai kematiannya tersebar luas dan ia bukan kali pertama berlaku kepadanya. ARTIKEL BERKAITAN: Berita palsu sudah meninggal dunia buat Ezad Lazim kesal, penat jawab panggilan perjelas keadaan sebenar ARTIKEL BERKAITAN: Inteam rakam semula ‘Kasihku Abadi’, tampil Ezad Lazim beri nafas baharu "Sebelum ini pun sudah ada berlaku tapi ketika itu memang saya sedang sakit di hospital. Kali ini tiada pun berita sakit, tiba-tiba saya dikhabarkan meninggal dunia. "Saya pun tak faham kenapa masih ada sanggup buat begini. Apa paling pelik, tajuk yang ditulis tidak sama seperti cerita disampaikan," ujarnya. Sebelum ini sebuah blog hiburan dipercayai menyebarkan berita kematian Ezad dengan tajuk Innalilahi, wainnailaihi rojiun, khabar duka dari Ezad Lazim telah meninggal dunia. Malah portal berkenaan turut berkongsi foto jenazah sedang disembahyangkan membuatkan ramai yang percayai tentang berita palsu itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!