suria

Rahim Maarof semakin pulih, kini jalani rehabilitasi pergerakan dan pertuturan

Anak maklumkan keadaan Rahim semakin membaik selepas rawatan.

PENYANYI rock Rahim Maarof dilaporkan sudah semakin membaik selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh sejak Mac lalu akibat tekanan darah tinggi.

Anak kepada Rahim iaitu Jasmin Rayhan, 30, berkata bapanya kini hanya perlu menjalani sesi rawatan susulan selain mendapat rehat yang cukup.

"Sekarang, ayah sudah dibenarkan pulang dan berehat di rumah. Dia semakin baik. Pada masa sama, dia juga menjalani proses rehabilitasi sebab perlu melatih semula pergerakan fizikal serta pertuturannya.

Jasmin anak kedua Rahim Maarof.

"Perlu menjalani tempoh berehat yang agak panjang, Insya Allah selepas beberapa sesi rawatan dia akan kembali pulih," katanya kepada mStar.

Jasmin berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program Amal Sumbangan Rahmah Industri Muzik pada malam Rabu.

Berkongsi lebih lanjut, Jasmin berkata bapanya masih lagi menggunakan tiub membuatkan dirinya tidak dapat menghadiri pada malam sumbangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Rahim Maarof tak sedarkan diri di ICU selepas pembedahan akibat strok

ARTIKEL BERKAITAN: Rahim Maarof Muncul Di Kelab Malam Selepas 20 Tahun

Namun penyanyi berkenaan bersyukur apabila ada pihak yang mengambil berat tentang keadaan dirinya.

Kata Jasmin, bapanya kini menerima perhatian penuh daripada anak-anak memandangkan kejadian dia dikejarkan ke hospital satu kejutan buat mereka.

Dia turut memaklumkan bahawa tekanan darah tinggi bapanya yang naik secara mendadak akibat jadual dan pemakanan yang tidak teratur kerana gigih berkerja.

"Ayah saya jenis orang yang bekerja kuat. Jadi, mungkin disebabkan jadual rehat dan makannya tak teratur, ia mengganggu tekanan darahnya.

"Dalam keluarga kami, memang tak ada lagi anggota keluarga yang menghidap sakit begini. Jadi, memang satu kejutan besar buat kami sekeluarga apabila ayah diserang sakit itu," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain