PELAKON Fasha Sandha meluahkan rasa kesal apabila dituduh melakukan pembedahan bariatrik ekoran penurunan berat badannya yang ketara sehingga menjadi bualan ramai. Perkara itu dibangkitkan oleh salah seorang pengikutnya di Instagram mendakwa seorang jururawat yang juga kenalannya memaklumkan aktres itu melakukan pembedahan tersebut sebagai cara mendapat bentuk badan langsing dengan segera. Susulan fitnah itu, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, meminta individu berkenaan menunjukkan bukti atau tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya dalam tempoh 24 jam. Fasha bengang dituduh lakukan pembedahan bariatrik. Kata Fasha, dia mengambil tempoh enam bulan untuk mendapat berat badannya sekarang dan ia bukan dengan cara pintas sebaliknya mengamalkan gaya hidup sihat. "Sebaiknya buatlah kajian sebelum buat tuduhan dan andaian. Penurunan berat badan saya bukan cepat, ia mengambil masa lebih enam bulan. "Kepada penulis ini, atau siapa yang berkaitan dengan penulisan komen ini saya bagi masa 24 jam untuk tampilkan bukti atau buat permohonan maaf secara terbuka. ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan turun 10 kilogram, peminat bimbang tengok wajah cengkung Fasha Sandha ARTIKEL BERKAITAN: Sengketa sudah jadi sejarah... peminat tumpang bahagia tengok Fasha Sandha dan Nora Danish foto bersama "Jururawat mana yang menyebarkan berita palsu? Saya jaga ibu saya tiga tahun lalu, alih-alih buat cerita saya buat bariatrik," katanya. Fasha berkongsi kekesalannya itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya yang turut memaparkan perbualan bersama individu berkenaan. Dalam pada itu, Fasha mendedahkan, ibunya pernah menjalani pembedahan berkenaan tiga tahun lalu disebabkan masalah berat badan berlebihan, tekanan darah tinggi serta masalah sakit lutut kronik. Ibu yang buat pembedahan bariatrik. "Saya tidak akan judge atau pandang rendah pada orang yang melakukan bariatrik kerana ada beberapa orang terdekat saya yang terpaksa melakukan pembedahan itu atas faktor kesihatan dan nasihat doktor. "Termasuklah ibu saya yang menjalani pembedahan itu pada Februari 2020 kerana berat badan berlebihan, darah tinggi dan sakit lutut kronik. "Saya yang membayar kos RM25,000 untuk pembedahan tersebut dan saya juga menjaganya di hospital ketika itu," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!