suria

Ewal tak jadi kahwin hujung tahun ini, teman wanita dedah hubungan sudah berakhir

Hubungan Ewal dan kekasih putus di tengah jalan.

NIAT penyanyi Ewal ingin menamatkan zaman bujang hujung tahun ini tidak kesampaian apabila kekasih hatinya dikenali sebagai Shania Miller memaklumkan hubungan mereka sudah berakhir.

Menurut Shania atau Shania Twain Anderson, 23, dia hanya menjalinkan hubungan singkat dengan Ewal dan soal perkahwinan tidak pernah menjadi topik utama antara mereka.

"Saya tidak ada apa-apa hubungan dengan Ewal lagi. Kami pernah bercinta sekejap sahaja dan sebenarnya tiada istilah nak nikah atau apa saja.

ewal1 - 1

Ewal dan Shania sepakat untuk memutuskan hubungan.

"Kami pun sudah tidak lagi berhubung dan masing-masing sudah move on dengan kehidupan sendiri," katanya kepada mStar.

Mengakui Ewal atau Ikhwan Hafiz Ismail, 31, pernah meluahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga, Shania bagaimanapun berkata dia tidak melihat sebarang usaha dilakukan untuk melangkah ke fasa tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Serani cinta baharu Ewal, rancang nikah hujung tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan adik Rody Kristal sudah berakhir, Ewal belum bincang dengan keluarga mahu putus tunang

"Pada awalnya Ewal memang ada beritahu nak nikah hujung tahun tapi makin lama makin tak nampak jalannya.

"Saya rasa dia pun masih tak nak tamatkan zaman bujang dan pada saat akhir Ewal memberitahu dia mahu fokus kepada kerjayanya dan tidak dapat meneruskan perhubungan ini," ujarnya.

Kami pun sudah tidak lagi berhubung dan masing-masing sudah move on dengan kehidupan sendiri.

SHANIA

Dedah Shania lagi, mereka sepatutnya bernikah pada Jun ini sempena ulang tahun kelahirannya, namun Ewal meminta untuk menangguhkan sehingga akhir tahun.

Malah, ada peminat yang menyangka mereka sudah bernikah dan dia perlu menjelaskan perkara sebenar kepada orang ramai.

"Kami merancang untuk bernikah secepat mungkin iaitu pada birthday saya Jun ini tetapi Ewal nak hujung tahun dan saya pun bersetuju.

ewal2 - 1

Shania dedah hubungan cinta mereka sudah berakhir.

"Sampai sekarang masih ada orang yang beranggapan kami sudah bernikah dan saya mahu semua ini dihentikan," jelasnya.

Enggan memanjangkan isu ini, Shania turut mendoakan Ewal bertemu jodoh lebih baik selepas ini.

Namun dia juga tidak menolak sekiranya ditakdirkan ada jodoh bersama penyanyi lagu Kembalikan Semula itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain