suria

[V] Aniq Suhair tak cemburu ada pelakon baharu lebih menyerlah, belum sampai masa kecap populariti

Aniq gembira melihat pelakon baharu yang cepat mencipta nama. Foto SHAARI CHE MAT

PELAKON Aniq Suhair tidak pernah berkecil hati apabila ada dalam kalangan rakan artis seusia atau yang masih baharu lebih cepat mencipta nama berbanding dirinya.

Kata Aniq atau Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, kehadiran muka baharu dalam industri seni ini merupakan satu persaingan sihat dan bukannya musuh.

Dalam masa sama dia juga percaya kepada rezeki yang telah tertulis untuk seseorang itu menyinar sekaligus mencipta populariti.

aniq suhair 1

Aniq sedia cabar diri mencuba pelbagai watak.

“Rezeki tidak pernah salah alamat. Dikenali atau tidak itu adalah rezeki masing-masing. Kalau sudah ditetapkan seorang pelakon itu popular dengan hanya satu drama, itu sudah tertulis buatnya.

“Saya melihat kehadiran ramai pelakon baru itu sebagai satu persaingan sihat. Mungkin belum masa untuk saya betul-betul popular.

“Kepada mereka yang cepat popular, saya ucapkan tahniah kerana mereka telah melakukan kerja dengan baik. Saya harap dapat bekerjasama dengan rakan-rakan sama yang seangkatan dalam industri,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa minta sambung belajar di Mesir punca Aniq Suhair hilangkan diri, belum sedia tinggal dunia lakonan

ARTIKEL BERKAITAN: Meriah Aidilfitri Aniq Suhair... ada 90 sepupu sebelah ibu, seronok pertama kali beri duit raya

Dalam masa sama Aniq juga tidak mahu dirinya terus dilabel sebagai pelakon yang hanya bersandarkan pada rupa.

Komited terhadap kerjaya seni, aktor ini sedia menggalas pelbagai cabaran dan terbuka untuk mengubah penampilan diri sekiranya menerima watak menuntut dia berbuat demikian.

Mungkin belum masa untuk saya betul-betul popular.

ANIQ SUHAIR

PELAKON

“Dalam kerjaya seni, kemahiran berlakon lebih penting berbanding wajah. Saya pernah buktikan dengan membawa dua watak berbeza dalam satu masa. Jadi tidak rasa saya hanya menjual ‘wajah jambu’.

“Jika diberi watak yang mencabar atau mahu penampilan yang spesifik, saya sedia melakukannya. Apa salahnya saya nak botakkan kepala jika ada tawaran yang menarik,” ujarnya.

Berkongsi perkembangan terbaharu, Aniq kini tampil dalam drama berjudul Journal Sarahaeyo yang bersiaran di aplikasi Viu.

aniq suhair 3

Gandingan Arena (kiri), Aniq dan Alisya dalam Journal Sarahaeyo.

Selain Aniq, drama tersebut juga menampilkan dua pelakon baharu iaitu Arena Wan dan Alisya Rashid sebagai pelakon utama.

“Seronok bekerja dengan mereka. Malah menjalani penggambaran di Korea Selatan juga merupakan satu pengalaman buat saya.

“Walaupun berdepan cabaran cuaca dan makanan di sana, sempat juga saya curi masa untuk melihat tempat orang. Jadi tak salah untuk berbelanja sedikit ketika di sana,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain