TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba penyanyi Sufian Suhaimi membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Twitter miliknya. Sufian, 31, dipercayai memuat naik status berkenaan kerana bimbang menjadi mangsa kritikan netizen di media sosial yang mungkin pernah terasa hati dengan dirinya sebelum ini. "Minta maaf kalau pernah kurang ajar dekat siapa-siapa," tulisnya ringkas pada Khamis. Ramai juga yang terhibur dengan kenyataan Sufian. Tweet dimuat naik Sufian itu dipercayai berkait dengan trend di Twitter memaparkan wajah dua selebriti yang dilabel oleh seorang netizen didakwa bersikap mesra dan biadab. Justeru itu, netizen membuat andaian Sufian membuat permohonan maaf terlebih dahulu kerana bimbang namanya turut dipetik dalam trend berkenaan. "Takut orang dedahkan. Yang lepas jadikan iktibar. ARTIKEL BERKAITAN: Sufian Suhaimi dan teman wanita tampil sedondon, sedia naik pelamin - “Saya panggil dia sayang” ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman lalu mematangkan Sufian Suhaimi, akui kurang aktif di media sosial... “Kalau dating tak post” "Awal-awal dah minta maaf. Risau la tu. "Kalau baca rasa lawak pun ada. Terus teringat fasal right and left tu. Tapi dalam masa sama bagus juga kalau kita minta maaf," komen netizen. Baru-baru ini, trending di Twitter perbandingan antara dua artis yang menjadi pilihan sama ada bersikap baik atau biadab. Trend yang menjadi bualan hangat di laman Twitter. Pengguna Twitter akan meletakkan dua artis pilihan mereka di mana gambar di sebelah kiri menunjukkan selebriti yang mempunyai sikap terpuji manakala foto sebelah kanan adalah sebaliknya. Antara gambar artis Malaysia yang tular adalah penyanyi Dayang Nurfaizah yang diletakkan di bahagian kiri, manakala Elizabeth Tan pun sebelah kanan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!