suria

Madammu selamat melahirkan anak secara pembedahan, setuju cadangan doktor bersalin hari Jumaat

Madammu teruja menyambut kelahiran bayi pertama.

USAHAWAN kosmetik Eriyca Baiduri selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur kira-kira pukul 8 pagi, Jumaat.

Berkongsi perasaan selepas kelahiran itu, Eriyca, 33, atau lebih mesra disapa Madammu mengakui teruja dan bersyukur proses pembedahan bagi melahirkan bayi itu berjalan lancar.

"Alhamdulillah sangat sangat teruja selepas selamat melahirkan bayi ini.

madammu3 - 1

Azri teruja menyambut kelahiran anak keempatnya.

"Proses kelahiran berjalan lancar dan hanya mengambil masa selama 40 minit di bilik pembedahan," katanya ketika dihubungi mStar.

Madammu bagaimanapun enggan mendedahkan jantina bayi dan menunggu masa sesuai untuk memaklumkan kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Madammu masuk hospital kerana air ketuban bocor, akur jika perlu bersalin normal... "Sakit tapi belum ada bukaan"

ARTIKEL BERKAITAN: Madammu dikejarkan ke hospital, tekanan darah tinggi tiba-tiba mencanak naik

Dalam pada itu, usahawan tersebut juga memberitahu dia melahirkan bayi itu dua minggu lebih awal selepas mendapatkan nasihat doktor.

Dia dan suami iaitu Muhammad Azri Che Noh, 44, tidak menolak cadangan pakar berkenaan, tambahan pula ia jatuh pada hari Jumaat.

"Tarikh melahirkan ini ditentukan oleh doktor saya. Dua minggu awal dari due date sebab saya melahirkan secara pembedahan.

"Saya dan suami bersetuju sahaja sebab hari Jumaat pun hari yang baik," ujarnya.

Pada 23 Mei lalu, Madammu dikejarkan ke hospital gara-gara mengalami tekanan darah tinggi secara tiba-tiba.

Gara-gara tidak mendapat rehat yang cukup membuatkan tekanan darah tingginya naik mendadak.

madammu2 - 1

Madammu selamat melahirkan cahaya mata awal pagi Jumaat.

Madammu sekali lagi dimasukkan ke hospital selepas mengalami kebocoran air ketuban pada 2 Jun lalu.

Malah, dia tidak menolak kemungkinan terpaksa melahirkan bayi itu seminggu lebih awal daripada jangkaan sebenar.

Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga dengan Azri pada 2015 yang juga seorang duda beranak tiga iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain