KONSERT 'Jilid Akhir: Ella Puteri Kota' yang berlangsung pada malam Sabtu di Axiata Arena, Bukit Jalil mencipta sejarah dalam perjalanan seni ratu rock negara, Ella. Persembahan dua malam itu mendapat pengiktirafan Most Concert Tickets Sold Out: 10,000 Tickets in 24 Hours oleh Malaysia Book of Records. Ella atau Nor Zila Aminuddin, 56, berkata, sebagai penghibur dia teruja dengan sambutan luar biasa penonton yang hadir memberi sokongan kepadanya. Ella umum bakal adakan konsert lagi selepas ini. Kata Ella, ini bukan konsert terakhir darinya seperti digembar-gemburkan sebelum ini malah akan terus menghiburkan peminat selagi diizinkan. "Kelu lidah saya nak ungkapkan perasaan ketika ini, malam ini terpahat sebagai memori manis setelah 35 tahun bergelar penghibur. "Jangan gusar dan risau, doakan agar saya dapat terus sentiasa mewarnai dunia anda selagi mana diizinkan. ARTIKEL BERKAITAN: Tiket konsert Ella laris, ‘sold out’ dalam masa 24 jam ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada istilah bersara, Ella umum konsert sempena 35 tahun sebagai penyanyi "Ini bukan konsert terakhir saya, sebaliknya cerita mengenai konsert ini akan menjadi pelengkap jilid terakhir dalam buku saya yang akan dikeluarkan nanti," katanya kepada mStar. Ella berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tamat melakukan persembahan pada Konsert 'Jilid Akhir: Ella Puteri Kota'. Berkongsi kekal bertenaga pada malam tersebut, Ella memberitahu semangatnya membuatkan dia mampu berikan yang terbaik buat penonton yang hadir selain mengamalkan senaman secara konsisten. Malah kemunculan suaminya iaitu Azhar Husaini Ghazali sebagai rakan duet juga menerusi lagi Peace Love Rindu membuatkan dia bertambah bersemangat. Barisan rakan artis yang hadir. Pada konsert itu memperlihatkan persembahan penuh tenaga daripada Ella dari awal sehingga akhir serta penampilan khas penyanyi Amy Search menerusi lagu dua insan bercinta. Ella menyampaikan sebanyak 35 buah lagu yang pernah menjuarai carta muzik seperti Sembilu, Pengemis Cinta, Tiada Tangis Lagi, Kesal Sepi Sekuntum Mawar dan banyak lagi. Rakan artis yang turut hadir memberi sokongan adalah Misha Omar, Datuk Sheila Majid, Ara Johari, Nurul Depp, Noryn Aziz, Ziana Zain, Izara Aishah, Didie Alias dan ramai lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!