USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya dapat melepaskan kerinduan terhadap anak bongsunya iaitu Luqman Al Haqeem selepas hampir dua minggu dimasukkan ke hospital. Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata, sepanjang tempoh itu dia sukar memberi fokus kepada perniagaannya kerana bimbang memikirkan Luqman yang sedang sakit. "Syukur Alhamdulillah setelah 12 hari Luqman di hospital, akhirnya dia sembuh. Aliff bersyukur Luqman sudah pulang ke rumah. "Susah hati sebenarnya dan sukar untuk saya fokus pada bisnes bila memikirkan anak sedang sakit," katanya. Aliff berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: "Saya panaslah awak" - Payung diri sendiri bukan isteri dan anak, netizen kata Aliff Syukri tak romantik ARTIKEL BERKAITAN: Bekerja ketika berpantang, Shahida tahu keupayaan badan sendiri - "Sama sahaja kalau selepas 40 hari makan macam-macam" Menerusi perkongsian itu, Aliff dan anak-anaknya menyambut kepulangan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan Luqman dari hospital sambil mengucup dahi anaknya yang baru berusia dua bulan itu. "Rindu nak kumpul semula. Anak-anak pun dah rindu adik mereka. Gembira sangat kami sekeluarga. "Terima kasih kepada doktor dan semua yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan anak saya. Semoga Allah membalas kebaikan anda,” ujarnya. Sebelum ini, Aliff memaklumkan Luqman mengalami penurunan oksigen secara mengejut susulan diserang dua virus iaitu Respiratory Syncytial Infection (RSV) dan Adenovirus. Aliff sentiasa bimbang berkaitan kesihatan anak-anak. Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007. Selain Luqman yang dilahirkan pada April lalu, pasangan ini turut dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!