suria

“Mula selepas Isyak sayang” - Peminat minta konsert malam kedua mula tepat 8 malam, perbaiki sistem bunyi

Ella menjawab pertanyaan peminat.

KONSERT Jilid Akhir: Ella Puteri Kota malam pertama yang berlangsung pada Sabtu cukup meriah dengan kehadiran peminat memenuhi Axiata Arena, Bukit Jalil.

Di sebalik kemeriahan dan rasa puas hati peminat terhadap persembahan ratu rock negara Ella menerusi 35 buah lagu sedikit tercalar dengan beberapa perkara yang membuatkan ada segelintir penonton yang hadir meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial.

Ini termasuk waktu persembahan yang sepatutnya bermula pada pukul 8 malam, tetapi Ella hanya muncul di pentas sejam kemudian membuatkan ramai merasakan penganjur perlu menepati masa ditetapkan.

ella1 - 1

Antara permintaan peminat yang diterima di media sosial.

Menjawab mengenai perkara itu, Ella atau Nor Zila Aminuddin, 56, berkata, dia menerima arahan daripada pihak berkuasa untuk memulakan konsert selepas waktu Isyak kira-kira pukul 8.45 malam.

"Nasihat dari pihak berkuasa untuk mulakan selepas Isyak sayang, pukul 8.45 malam," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 10,000 tiket terjual dalam tempoh 24 jam, konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota dapat pengiktirafan Malaysia Book of Records

ARTIKEL BERKAITAN: Tiket konsert Ella laris, ‘sold out’ dalam masa 24 jam

Ella menjelaskan perkara itu sebagai membalas salah satu ciapan di Twitter yang membangkitkan hal tersebut pada petang Ahad.

Pengguna Twitter berkenaan dalam ciapannya berharap Ella dan pasukannya akan mengambil kiri maklum balas penonton yang hadir ke konsertnya agar persembahan pada malam kedua lebih lancar.

Selain isu waktu konsert bermula, peminatnya itu turut membangkitkan soal sistem bunyi yang didakwa tenggelam.

Persembahan dua malam itu mendapat pengiktirafan Most Concert Tickets Sold Out: 10,000 Tickets in 24 hours oleh Malaysia Book of Records.

Kata Ella, ini bukan konsert terakhir darinya seperti digembar-gemburkan sebelum ini malah akan terus menghiburkan peminat selagi diizinkan.

ella2 - 1

Kemunculan Amy Search menggamatkan konsert.

Pada konsert malam Sabtu, Ella memperlihatkan persembahan penuh tenaga dari awal sehingga akhir serta penampilan khas penyanyi Amy Search menerusi lagu Dua Insan Bercinta.

Lagu lain yang disampaikan Ella adalah Sembilu, Pengemis Cinta, Tiada Tangis Lagi, Kesal Sepi Sekuntum Mawar dan Gemilang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain