suria

Peminat Malaysia masih tagih konsert Coldplay, harap orang Singapura ‘let go’ tiket KL

Coldplay bakal mengadakan konsert empat hari di Singapura.

PEMINAT di Singapura kini boleh menarik nafas lega apabila kumpulan Coldplay mengumumkan konsert jelajah Music of the Spheres World Tour di negara itu selama empat hari pada Januari 2014.

Live Nation selaku pengajur memaklumkan konsert itu bakal berlangsung di Stadium Nasional Singapura pada 23, 24, 26 dan 27 Januari 2014 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

"Kami berbesar hati mempersembahkan Coldplay sekali gus memecah rekod MOTSWT secara langsung di Singapura yang mana mereka akan beraksi buat pertama kali selama empat malam di Stadium Nasional Singapura," kata kenyataan itu di Twitter rasmi Live Nation Singapura.

Pengumuman itu mendapat respons peminat bukan sahaja di Singapura tetapi negara jiran seperti Malaysia dan Indonesia.

coldplay1 - 1

Coldplay bakal mengadakan konsert di Stadium Nasional Singapura selama empat hari.

Menerusi ruang komen, ramai peminat dari Malaysia meminta peminat Singapura yang membeli tiket konsert kumpulan itu di Kuala Lumpur untuk dijual kepada mereka.

Alasannya, mereka boleh menonton Coldplay di Singapura dan tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk datang ke Kuala Lumpur menyaksikan konsert itu pada 22 November depan.

"Okay warga Singapura, ini masanya untuk anda menjual tiket Coldplay di Malaysia. Please let me know!

ARTIKEL BERKAITAN: 'Scalper' jual tiket Coldplay RM43,000! Peminat geram minta penganjur tambah tarikh konsert

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan simpan rahsia, Bunga Isme terpilih jadi penyanyi pembukaan konsert Coldplay

"Hi, kalau ada yang nak let go tiket konsert Coldplay di Kuala Lumpur beritahu saya," komen netizen.

Sebelum ini, ramai peminat di Malaysia mendesak penganjur konsert untuk menambah tarikh MOTSWT susulan gagal membeli tiket menonton persembahan mereka yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sebanyak 85,000 tiket yang dijual habis dalam tempoh beberapa jam ia dilancarkan.

coldplay2 - 1

Coldplay sebelum itu akan mengadakan konsert di Malaysia pada 22 November depan.

Dalam pada itu, tindakan beberapa individu menjual semula tiket yang dibeli dengan harga tinggi turut mengundang kecaman orang ramai.

Malah terdapat kumpulan menggelar diri mereka sebagai 'scalper' atau pembeli tiket hantu dilaporkan menjual dengan harga mencecah RM43,000.

Sementara itu, selain Singapura, Coldplay turut menambah tarikh konsert mereka di Manila, Filipina pada 19 Januari 2024 selain Bangkok, Thailand pada 3 Februari 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain