KEHADIRAN pendakwah Mohamad Wadi Annuar Ayub membaca doa di majlis resepsi perkahwinan ala barat pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann yang diadakan di sebuah resort mewah di Pulau Langkawi Sabtu lalu mengundang perbalahan dalam kalangan netizen. Netizen menyifatkan pasangan pengantin tidak sensitif apabila mengundang agamawan itu memandangkan Janna tidak menutup aurat pada acara berkenaan. Bagaimanapun penyanyi rap Caprice mempersoalkan tindakan netizen yang menyelar kehadiran Wadi untuk membaca doa pada majlis berkenaan. Caprice berpendapat tidak salah seorang ustaz mahu membacakan doa. Jelas Caprice atau Ariz Ramli, 35, berkata, tidak salah sekiranya seorang ustaz mahu membaca doa dan sebagai umat Islam seseorang harus sentiasa mendoakan yang terbaik untuk orang lain. "Pada yang marah dan kecam kenapa ustaz Wadi hadir di majlis perkahwinan ala barat ini, kalau anda tak mahu ustaz baca doa, habis itu anda nak siapa yang baca doa? ARTIKEL BERKAITAN: "Bab artis laju je"... Caprice kecewa pendakwah selebriti berdiam isu hina agama ARTIKEL BERKAITAN: Dah sah pun malu-malu... Aksi comel ketika ambil gambar kahwin buat peminat tersenyum, puji imej bertudung Janna Nick "Baguslah ada orang yang nak doa untuk kita. Kita semua sebagai umat Islam kena sentiasa doa yang terbaik untuk umat Islam termasuklah yang masih 'jahat' ini. Insya Allah," katanya. Caprice berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin. Sementara itu, Caprice berkata, dia tidak melihat sebarang kesalahan sebaliknya melihat kehadiran Wadi pada majlis tersebut mungkin menjadi asbab dalam memberi kebaikan kepada tetamu yang hadir. Caprice berkata, Wadi memang sering mendekati artis dan pempengaruh media sosial yang sekali gus dapat memberi manfaat kepada semua. Bacaan doa Ustaz Wadi di majlis perkahwinan Janna dan Dini jadi bualan netizen. "Perkara ini kecoh di media sosial, ramai kecam dan ada PU yang cuba tegur ustaz Wadi yang hadir pada perkahwinan ala barat Janna. "Kalau anda perasan, ustaz Wadi memang cuba rapat dengan artis dan pempengaruh media sosial... bagi saya tiada masalah kerana perkara ini bagus. "Mana tahu disebabkan ustaz Wadi terjentik hati artis-artis di Malaysia ini untuk cuba ubah ke arah lebih baik. Insya Allah kita tak tahu," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!