BEBERAPA hari lalu tular di media sosial beberapa potongan klip video seorang lelaki memberitahu tidak mengenali Datuk Aaron Aziz ketika muncul dalam sebuah siaran langsung di TikTok bersama aktor asal Singapura itu. Gelagat lelaki dikenali sebagai Firdaus itu mencuri perhatian apabila dia sempat bertanya kepada isterinya ketika siaran langsung itu siapa individu yang bersamanya dalam video siaran langsung itu. Malah dia turut bertanya kepada Aaron sama ada benar dia seorang pelakon kerana ada orang memberitahunya mengenai perkara itu. Aaron bagaimanapun hanya tersenyum dengan kata-kata lelaki itu dan sempat bergurau kerana berani bertanya siapa dirinya. Aaron memberitahu mengenali artis atau pun tidak bukan perkara penting. "Kurang asam, tanya aku ini siapa," kata Aaron bergurau. Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, bagaimanapun tidak mengambil hati lelaki itu tidak mengenalinya kerana tiada sebarang kelebihan mengenali artis atau pun tidak kerana ia bukan perkara penting. Kata Aaron, dia percaya Firdaus tidak mengenalinya kerana bapa tujuh cahaya mata itu sibuk mencari rezeki menyara keluarga dan bukannya menghabiskan masa menonton televisyen. ARTIKEL BERKAITAN: Berbulan-bulan kena body shaming, Aaron Aziz penat dikecam - "Saya ada aniaya orang ke?" ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz jumpa Chris Hermsworth, netizen kata rezeki kena singkir filem Syamsul "Firdaus, besar kecil, besar kecil saja wa (saya) tengok lu (awak). Haha! Tak apa, saya percaya sebab awak memang bekerja dan menanggung tujuh anak. "Jadi tak ada masa tengok TV. Tak mengapa boss, tak ada kelebihan pun kalau kenal artis atau pun tidak. Paling penting Allah SWT dan Rasulullah SAW kenal kita. Semoga berjaya Fridaus," katanya. Aaron berkongsi perkara itu di Instagram miliknya sambil membuat naik potongan video perbualannya dengan Firdaus yang tular di media sosial. Menurut isteri Firdaus, suaminya itu bukan sahaja tidak pernah menonton filem lakonan Aaron malah memang bukan jenis menonton televisyen pada waktu lapangnya. Komen netizen tentang keperibadian pemuda dikenali sebagai Firdaus itu. Dalam pada itu, menerusi ruang komen, rata-rata netizen cuba berkongsi maklumat mengenai personaliti Firdaus yang cukup dikenali di TikTok. Ramai memberitahu Firdaus seorang lelaki yang rajin bekerja dan orangnya disifatkan sebagai lurus bendul. "Lelaki (Firdaus) ini orang Perak. Agak lurus bendul sikit orangnya. Memang ramai pengikut di TikTok. Anak ramai, bela anak tiri dan anak sendiri. "Memang dia jenis kerja keras. kerja di kawasan pembuangan sampah. Kadang-kadang tak tercapai dek akal cara dia cari rezeki untuk sara keluarga," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!