KUMPULAN Bunkface bakal mengadakan konsert Bunkface Rock In Borneo yang berlangsung pada 19 Julai ini di KDCA, Kota Kinabalu, Sabah. Sam atau Shamsul annuar Baharom, 35, selaku vokalis Bunkface berkata, mereka sudah lama memasang impian untuk mengadakan konsert di negeri tersebut dan akhirnya hasrat itu terlaksana. "Atas permintaan peminat dan sokongan daripada MyCreative Ventures Sdn Bhd mewakili Kementerian Komunikasi dan Digital yang memberikan amanat Dana Persembahan Muzik 2022/2023, akhirnya kami dapat menghadiahkan sebuah konsert kepada peminat di Borneo, terutamanya Sabah," katanya. Dalam pada itu, pemain gitar bass Bunkface iaitu Youk atau Mohd Farouk Jaafar, 34, berkata, dia juga berharap kumpulannya itu dapat menghiburkan peminat bukan sahaja di Kota Kinabalu, tetapi di daerah-daerah lain sekitar kepulauan Borneo. Tiket konsert sudah mula dijual. "Kami juga berharap konsert ini dapat dilanjutkan lagi di daerah-daerah lain sekitar kepulauan ini," ujarnya. Peminat boleh menjangkakan persembahan luar biasa daripada Bunkface dengan setlist yang memuatkan lagu-lagu popular mereka termasuk Situasi, Revolusi dan Panik. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka video 'take over' persembahan Bunkface viral... Pemuda dipuji buat hal atas pentas, biasanya nyanyi kenduri kahwin ARTIKEL BERKAITAN: Sam Bunkface tak abai nafkah walaupun pendapatan terjejas, kesal bekas isteri sukarkan jumpa anak Konsert yang bakal berlangsung ini juga menjanjikan pengalaman visual dan muzikal yang mengagumkan dengan bunyi rock yang menggema di seluruh gelanggang. Tiket konsert Bunkface Rock In Borneo telah mula dijual pada 11 Jun lalu di tapau1x.tapau.asia. Tiket dijual bermula dengan harga RM88 untuk CAT 1 - Panik, RM128 untuk CAT 2 - Revolusi dan RM158 untuk CAT 3 - Situasi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!