TIDAK seperti kebiasaan gayanya ketika membuat persembahan, penyanyi Aina Abdul tampil ringkas dan menawan ketika membuat persembahan sempena konsert A Night WIth Aina Abdul Uni Edition yang berlangsung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada malam Sabtu. Namun di sebalik penampilan itu, apa menarik perhatian adalah aksesori berlian bernilai RM1.6 juta yang dipakai oleh Aina. Kata Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, gaya pada malam itu adalah pilihannya sendiri mengikut kesesuaian lagu-lagu yang di persembahankan. Aina memilih busana ikut kesesuaian lagu. “Jarang sebenarnya saya memakai aksesori. Untuk malam ini (Sabtu) harga barang perhiasan ini adalah RM1.6 juta. Ia juga tanda kolaborasi saya dengan sebuah jenama nanti... Insya Allah. “Saya lebih selesa dengan penampilan ringkas begini kerana sesuai mengikut lagu-lagu yang dibawakan. Tiada lagu yang perlu untuk saya bereksperimental,” katanya kepada mStar. Aina ditemui selepas selesai membuat persembahan di lokasi pertama konsert edisi universiti dan dia bakal tampil di beberapa institusi pengajian tinggi lain di masa akan datang. ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul jawab tuduhan singkir pengurus, bukan jenis suka bermasam muka ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul sanggup berhabis RM85,000 demi AJL37, ada kisah menyayat hati di sebalik ‘awan putih’ Memilih untuk mengadakan konsert di sebuah institusi pendidikan, penyanyi ini juga meluahkan rasa bimbang apabila baru-baru ini timbul isu pelajar berpesta di sebuah universiti sehingga ada gesaan untuk melarang acara sebegini dibuat dalam kampus. “Saya dapat tahu tentang berita tersebut ketika sedang melakukan proses raptai pada Jumaat. Memang rasa takut kerana sudah separuh jalan untuk mengadakan konsert. “Syukur saya dapat bantuan pengarah muzik Datuk Mokhzani yang bercakap dengan pihak terlibat untuk meneruskan konsert. Persembahan saya ini mengikut peraturan yang telah ditetapkan,” ujarnya. Saya pernah membuat persembahan 30 buah lagu dalam keadaan kurang sihat. Persembahan harus diteruskan sebab saya sudah berjanji dengan peminat AINA ABDUL PENYANYI Pada konsert berdurasi 1 jam 30 minit itu Aina menyanyikan sembilan lagu sendiri seperti Ghost, Sumpah, Sepi, Terus Hidup termasuk lagu baharu berjudul Puas Sudah. Dia turut menyampaikan lagu-lagu popular Indonesia seperti Sang Dewi, Hijrah Cinta dan Tak Ingin Usai secara medley. Meskipun kurang sihat, penyanyi ini tetap tampil bertenaga menerusi vokal yang memukau demi tidak mahu menghampakan peminat. Aina menghiburkan peminat dengan vokal yang mantap. “Nak buat macam mana, saya juga manusia biasa. Ada ketika kita juga kurang sihat. Tetapi ini bukanlah pertama kali saya mengalami situasi begini. “Saya pernah membuat persembahan 30 buah lagu dalam keadaan kurang sihat. Persembahan harus diteruskan sebab saya sudah berjanji dengan peminat,” jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!