suria

Kecoh Iedil Putra ‘hilang’ tak dapat dikesan, Netflix dedah hanya sekadar gimik

Netflix Malaysia mohon maaf.

DUNIA hiburan dikejutkan dengan berita kehilangan Iedil Putra selepas sebuah hantaran dimuat naik di Instagram pelakon berkenaan bagi memaklumkan perkara berkenaan.

Menerusi hantaran tersebut, Iedil atau Tengku Iedilzuhrie Putra Tengku Alaudin, 39, gagal dikesan selepas menghadiri tayangan perdana siri original Netflix iaitu Exraction 2 yang berlangsung di Manila, Filipina pada awal Jun.

"Penting! Adakah anda melihat Iedil? Kami tidak mendengar khabar tentangnya sejak menghadiri event Netflix di Manila tempoh hari.

iedil2 - 1

'Kehilangan' Iedil pada awalnya menjadi tanda tanya.

"Kami tertanya-tanya apa yang terjadi kepada Iedil kerana kami sudah menghubunginya namun tiada jawapan.

"Jika anda tahu Iedil berada di mana, tolong beritahu kami di DM," tulis kenyataan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Iedil Dzhurie Alaudin tak kekok lakon watak komedi dalam ‘Ijab Kabut’, memang suka melawak sejak kecil

ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz jumpa Chris Hermsworth, netizen kata rezeki kena singkir filem Syamsul

Kenyataan itu turut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bimbang dengan kehilangan aktor berkenaan.

Malah ada juga mendakwa ia sekadar marketing kerana isteri Iedil iaitu Prisia Nasution ada memuat naik hantaran di Instagram beberapa jam lalu bersama suaminya menikmati makan malam di sebuah restoran.

Sementara itu, pihak Netflix Malaysia dalam satu kenyataan mendedahkan Iedil tidak hilang seperti disangka sebaliknya hantaran yang dimuat naik adalah sebahagian daripada promosi pemasaran.

"Kami menghargai kebimbangan dan pertanyaan anda mengenai siaran dalam talian baru-baru ini berkenaan kehilangan Iedil.

"Kami memberi jaminan kepada semua bahawa ini adalah sebahagian daripada promosi pemasaran. Iedil kini berada dalam keadaan selamat dan sihat," katanya.

iedil1 - 1

Iedil dan isteri sebelum ini menghadiri tayangan perdana Extraction 2.

Dalam pada itu, Netflix Malaysia turut memohon maaf atas kekeliruan dan kebimbangan orang ramai terhadap kempen promosi yang dilakukan.

"Kami amat menghargai pemahaman dan sokongan anda pada masa ini. Terima kasih kerana menghormati komitmen Iedil terhadap kerjayanya.

"Butiran lanjut mengenai kempen akan didedahkan tidak lama lagi," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain