suria

Rupanya isteri MK anak tiri Noniswara, ucap tahniah suami dapat menantu

Noniswara mengucapkan tahniah buat anak tirinya, Hajaar.

DRAMATIS Datin Seri Noniswara berkongsi kegembiraan apabila anak tirinya iaitu Siti Hajaar Syeikh Nordin selamat bergelar isteri kepada penyanyi rap MK pada pagi Jumaat lalu.

Noniswara atau Noniswara Baharudin, turut berkongsi kegembiraan apabila Siti Hajaar akhirnya selamat bergelar isteri selain mengucapkan tahniah kepada suaminya, Datuk Seri Syeikh Nordin Sheikh Ahmad kerana menerima menantu.

"Alhamdulillah, tahniah encik suami dapat menantu. Tahniah buat si manis saya, anak tiri Hajaar dan MK," katanya.

noniswara1 - 1

Perkongsian Noniswara di Instastory.

Noniswara berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Hasil pemerhatian mStar, Noniswara tidak hadir pada majlis resepsi Siti Hajaar dan MK yang diadakan di Hotel Wydnham Acmar, Klang pada malam Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelaran 'Datin Seri' dipertikai... Noniswara jelaskan status sebenar, mengaku bukan isteri kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Dua buah lagu kejutan MK untuk isteri, Anuar Zain pun datang buat persembahan

Untuk rekod, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27 dan Siti Hajaar sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor.

Siti Hajaar menerima mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan.

Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain