LANTANG bersuara tentang nasib artis veteran, penyanyi Nizam Laksamana turut meluahkan rasa kecewa apabila ramai penganjur acara seakan mengenepikan mereka. Kata Nizam atau Mohd Nizam Pechok, 56, dia percaya sekiranya rakan-rakan seperjuangan yang masih aktif menyanyi dipanggil dalam sesebuah acara besar pasti akan mendapat sambutan ramai. “Lagu-lagu kami masih evergreen dan boleh dinyanyikan bersama kalau ada yang menyanyikannya. Saya percaya kalau jemput artis-artis lama pasti acara akan mendapat sambutan. Nizam yakin lagu-lagu lama masih mendapat sambutan. “Sekarang ini apa yang saya lihat asyik penyanyi sama sahaja dipanggil membuat persembahan. Perlulah adil dan ada rasa untuk berkongsi apabila mengadakan satu acara,” katanya kepada mStar. Nizam sebelum ini secara terbuka berkongsi luahan di media sosial tentang penganjuran majlis rumah terbuka negeri tanpa melibatkan rakan artis veteran yang berasal dari sesebuah negeri itu. ARTIKEL BERKAITAN: Nizam Laksamana letak syarat sebelum izin BBNU cover ‘Gugurnya Bunga Cinta’... Siap sebut nama Khai Bahar ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hasnol terbuka hati kembali ke pangkuan bekas isteri, tapi mahu kukuh ekonomi dulu - “Dia bantu ketika saya susah” Bagaimanapun dia sedar apa yang diperkatakan itu tidak akan mendapat perhatian sedangkan ia satu isu yang perlu dititik beratkan bagi terus memeriahkan industri seni tempatan. “Saya menulis ikut pengalaman selama 30 tahun dalam industri. Jika ada kepincangan saya akan bersuara. Namun siapalah saya... bukannya orang berpengaruh. Jadi orang sekadar membaca sahaja. Saya percaya kalau jemput artis-artis lama pasti acara akan mendapat sambutan NIZAM LAKSAMANA PENYANYI “Jika isu ini sesuatu yang besar ia perlu diberi perhatian dan seharusnya mana-mana persatuan terbabit panggil saya untuk berbincang,” ujarnya. Dalam masa sama dia juga akur apabila stesen radio kini kurang memainkan lagu-lagu artis veteran kerana dianggap tidak menepati kualiti telinga pendengar. Nizam kecewa lagu baharunya tidak dimainkan diradio. Bagi Nizam, sebagai penyanyi yang sudah berpengalaman dia sudah punya genre muzik tersendiri dan tidak mungkin tampil dengan lagu-lagu yang mengikut trend semasa demi memenuhi kehendak stesen radio. “Artis baru pun nyanyi lagu lama sekarang ini. Mereka buat begitu supaya mudah dikenali dan mendapat sambutan. Dalam mana-mana acara pertandingan pun lagu lama masih menjadi perhatian. “Saya pernah buat single baru tahun 2013 dan 2016 namun stesen radio tak mahu mainkan kerana tidak menepati kriteria. Tak mungkin saya nak buat lagu berbeza dengan imej yang dibawakan selama ini,” jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!