suria

Kaka Azraff selamat bersalin hero ketiga, sempat makan durian walau tengah tahan sakit

Kaka selamat melahirkan bayi lelaki.

PENYANYI Kaka Azraff selamat melahirkan cahaya mata ketiga secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara, Selangor pada pukul 6.03 pagi, Isnin.

Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 34, meluahkan rasa syukur kerana proses kelahiran berjalan lancar dan memaklumkan bayi lelaki seberat 2.75 kilogram itu berada dalam keadaan sihat.

"Alhamdulillah, Subuh tadi (Isnin) saya selamat melahirkan anak ketiga secara normal pada pukul 6.03 pagi.

kaka2 - 1

Kaka selamat melahirkan bayi secara normal.

"Syukur semuanya selamat, bayi dan saya juga berada dalam keadaan sihat cuma saya berasa sedikit letih selepas melahirkan," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Kaka memberitahu tiga hari sebelum kelahiran dia sudah mengalami kontraksi namun masih bertahan dan melakukan aktiviti harian seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Lincah atas pentas... Kaka Azraff lupa sedang hamil, bakal timang 'hero' ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Banggakan Malaysia pun kena kecam! Kaka Azraff 'sekolahkan' netizen tak puas hati muka terpapar di 'Billboard' New York

Bagaimanapun pada awal pagi Ahad, dia bergegas ke hospital selepas tidak lagi dapat menahan sakit.

"Sebenarnya saya sudah merasa sakit kontraksi ini selama tiga hari tetapi saya layankan saja. Saya sempat pergi keluar makan durian lagi.

Saya tidak banyak dikelilingi lelaki sewaktu membesar. Saya rasa ini seperti anugerah Allah untuk saya.

KAKA AZRAFF

PENYANYI

"Tapi pada pukul 12 tengah malam tadi saya terus ke hospital kerana sudah tidak dapat menahan sakit," ujarnya.

Mengulas lanjut tentang kelahiran anak lelaki lagi, Kaka memberitahu sejak kehilangan bapa pada usia 10 tahun, dia tidak dikelilingi ramai lelaki.

Penyanyi lagu Gila ini tetap bersyukur dan menganggap ia sebagai satu anugerah dan amanah untuk dijaga dengan baik.

"Saya rasa bersyukur sangat macam tak sangka kerana saya telah kehilangan ayah sejak umur 10 tahun.

"Saya tidak banyak dikelilingi lelaki sewaktu membesar. Jadi bila dah berkahwin, dapat pula tiga anak lelaki, saya rasa ini seperti anugerah Allah untuk saya.

kaka1 - 1

Kaka bersyukur dikurniakan tiga anak lelaki.

"InsyaAllah merekalah yang akan menjaga saya tapi buat masa sekarang ini, mereka adalah amanah untuk saya jaga dan besarkan anak-anak untuk menjadi lelaki yang soleh dan berguna kepada masyarakat," katanya.

Untuk rekod, Kaka mendirikan rumah tangga dengan Adam Adzriff pada 14 Disember 2018.

Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aslan, 4, dan Aryan yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain