suria

Ibu Harris Annuar jalani pembedahan tulang belakang, kesan jangka panjang akibat jatuh

Harris berkongsi keadaan ibunya, Kak Ton.

PELAKON Harris Annuar memaklumkan ibunya yang merupakan usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau Kak Ton selamat menjalani pembedahan kedua akibat masalah tulang belakang pada Sabtu lalu.

Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar, 30, berkata, pembedahan itu dilakukan selepas prosedur sama yang dilakukan pada September tahun lalu tidak memberi hasil yang baik dan ibunya masih mengadu mengalami kesakitan.

harris1 - 1

Harris lega ibunya selamat menjalani pembedahan kedua.

Susulan itu katanya, pembedahan tersebut perlu dilakukan dan bersyukur semuanya selamat malah ibunya juga sudah dibenarkan pulang ke rumah.

"Sebelum ini dah pernah buat pembedahan tapi tidak berapa berkesan. Jadi pembedahan kedua perlu dilakukan dengan menggunakan khidmat pakar yang lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga bantah keputusan Nadia Annuar lepas hijab, Harris Annuar terkilan ibu pula kena serang netizen

ARTIKEL BERKAITAN: "Itu zaman jahil"... Selepas kahwin Harris Anuar mula jaga batas, elak bersentuhan dengan pelakon wanita

"Sekarang Alhamdulillah ibu saya sudah pun dibenarkan pulang dan sedang berehat di rumah," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Harris memberitahu Zaiton pernah beberapa kali terjauh dan menyebabkan kesan jangka panjang sehingga memberi kesan kepada tulang belakangnya.

Sebelum ini dah pernah buat pembedahan tapi tidak berapa berkesan.

HARRIS ANNUAR

PELAKON

Kata Harris, disebabkan perkara itu, tulang belakang ibunya menghimpit saraf yang membuatkan kakinya kerap berasa kebas.

"Ibu saya boleh jalan seperti biasa tetapi tidak boleh berdiri terlalu lama dan masih boleh berniaga dengan buat live di TikTok.

"Cuma pergerakannya agak terbatas dan ia sedikit sebanyak menganggu urusan hari yang lain," katanya.

Sebelum ini, Harris berkongsi keadaan ibunya yang sedang ditolak masuk ke dewan pembedahan namun tidak menjelaskan secara terperinci tentang punca Zaiton dimasukkan ke hopsital.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain