PELAKON Anzalna Nasir sememangnya terkenal dengan sikap pemurah dan baik hati terutama dalam menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Kali ini, pelakon berusia 35 tahun itu bersimpati dengan nasib seorang kanak-kanak bernama Mas Muhammad Luth, 4, yang menghidap high grade glioma peringkat empat yang juga penyakit jarang ditemui di dunia. Susulan itu, Anzalna mengambil inisiatif membantu mengumpulkan sejumlah dana bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan. Luth yang dulu ceria kini kurang aktif. "Hati siapa yang tidak luluh apabila melihat kanak-kanak yang ceria tiba-tiba jatuh sakit. Paling menghibakan apabila penyakit tersebut jarang dijumpai dan amat sukar untuk diberikan rawatan. "Saya memang sudah mengenali Luth sejak dari kecil lagi. Dia pun lebih kurang usia anak saya dan pastinya apa yang berlaku membuatkan saya terpanggil untuk mencari dana membantu dia mendapatkan rawatan sewajarnya untuk kembali pulih"” katanya. Anzalna berkata ibu kepada Luth yang dikenali sebagai Hazirah merupakan kenalannya malah dia juga merupakan seorang ibu tunggal yang perlu menyara tiga orang cahaya mata yang lai ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna kagum keberanian Afifah sertai Mic On Selebriti, Prof Dr Md Nasir pun datang beri sokongan ARTIKEL BERKAITAN: “Rezeki Allah bagi perlu dikongsi bersama” - Anzalna Nasir bawa bapa tunggal beli barang keperluan bayi Jelas Anzalna, emosi Hazirah terganggu memandangkan beban yang ditanggung ketika ini amat berat. Berkongsi mengenai keadaan Luth, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memberitahu penyakit yang dihadapi kanak-kanak berkenaan merupakan sejenis tumor di kepala yang agresif dan perlu dirawat dengan segera. Malah sejak didiagnos pada 31 Januari lalu, Luth juga sudah menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada bahagian berkenaan namun keadaannya kini semakin lemah dan perlu segera dibawa bertemu doktor pakar di United Kingdom (UK). Ibunya sendiri sudah mengeluarkan segala simpanan yang ada bagi mengumpulkan dana namun masih belum mencukupi. ANZALNA NASIR PELAKON "Memang dia sudah menjalani pembedahan dan rawatan susulan termasuklah radioterapi dan kemoterapi. Namun keputusan ujian MRI baru-baru ini menunjukkan keputusan yang kurang memberangsangkan. "Paling menyedihkan apabila doktor memaklumkan bahawa kes yang berlaku kepada Luth amat jarang berlaku dalam dunia terhadap kanak-kanak. "Hanya 10 peratus sahaja mampu bertahan dan peluang untuk hidup hanya satu tahun sekiranya tidak mendapat rawatan," kongsinya. Penyakit Luth jarang berlaku dalam dunia terhadap kanak-kanak. Dalam pada itu, Anzalna meletakkan harapan agar dapat mengumpulkan sejumlah dana agar Luth boleh dibawa ke luar negara untuk mendaparkan rawatan segera. "Ibunya sendiri sudah mengeluarkan segala simpanan yang ada bagi mengumpulkan dana namun masih belum mencukupi. Jadi saya minta jasa baik semua pihak untuk membantu meringankan beban mereka. "Dengan rendah hati dan keprihatinan rakyat Malaysia, saya yakin kita mampu mengumpulkan dana yang diperlukan. Hari ini mungkin mereka diuji, dugaan untuk kita belum tentu lagi. Semoga usaha kecil kita semua mampu menyelamatkan nyawa Luth," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!