SERING menjadi pilihan fesyen antarabangsa, penyanyi Hael Husaini sekali lagi terbang ke Itali setelah mendapat jemputan eksklusif jenama mewah bagi memeriahkan minggu fesyen yang berlangsung di negara berkenaan. Kata Hael atau Hal Husaini Razmi, 35, dia teruja dengan undangan yang diterimanya selain dapat menimba pengetahuan baharu mengenai penghasilan produk berjenama antarabangsa itu. Lebih menarik apabila dia bersama penyanyi K-pop popular iaitu Juyeon kelihatan mengunjungi kilang Fendi yang terletak di Florence, Itali sekaligus menyaksikan pertunjukan fesyen yang dianjurkan. Heal bergambar bersama beberapa selebriti antarabangsa. "Saya sangat teruja menjadi tetamu eksklusif jenama terkenal seperti Fendi bersama selebriti yang hadir dari seluruh dunia. "Selain dari pertunjukan fesyen, saya juga berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana produk berjenama ini dibuat," katanya. Meninjau Instagram penyanyi lagu Jampi itu, dia juga dilihat berpeluang duduk di barisan hadapan dan meluangkan masa bersama pengarah kreatif Fendi iaitu Silvia Venturini Fendi. ARTIKEL BERKAITAN: Konsert tangguh, Hael Husaini pujuk peminat dengan ‘Sayang Do You Love Me?’ ARTIKEL BERKAITAN: Hael Husaini batal konsert sebab tak sihat, doktor nasihat berehat daripada semua aktiviti seni Hael berkata ini merupakan kali ketiga dia menerima jemputan dari beberapa jenama terkenal antarabangsa antaranya Prada, Zegna, MCM, dan Ralph Lauren. Selain itu, saya dapat meluangkan masa bersama selebriti antarabangsa yang lain HAEL HUSAINI PENYANYI Malah di acara berkenaan, Hael juga berpeluang bertemu dengan beberapa selebriti terkenal yang sama-sama diundang ke majlis tersebut. "Selain itu, saya dapat meluangkan masa bersama selebriti antarabangsa yang lain seperti Diplo, Nicholas Galitzine, Greg Hsu, Noah Beck dan ramai lagi di acara tersebut. "Saya juga tak sangka dapat berborak bersama pengasas Emporio Armani, Mr. Armani semasa menghadiri acara fesyen tersebut," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!