suria

Tambah jadual lagi! Konsert Coldplay di Singapura berlangsung 6 hari... Peminat mula bimbang bagi cadangan ‘alang-alang terus menetap sana’

Peminat mula teruja bercampur bimbang bila konsert berlangsung selama enam hari di Singapura.

PEMINAT di Singapura meluahkan rasa bimbang apabila kumpulan Coldplay mengumumkan konsert jelajah Music of the Spheres World Tour di negara itu akan berlangsung selama enam hari pada Januari 2024 nanti.

Live Nation selaku penganjur memaklumkan konsert kumpulan itu ditambah sehari lagi dan bakal berlangsung di Stadium Nasional Singapura pada 23, 24, 26, 27, 30 dan 31 Januari depan.

"Tiket dijual dengan pantas! Disebabkan permintaan yang amat menggalakkan untuk konsert jelajah Coldplay Music of the Spheres World Tour di Singpura, hari keenam telah ditambah di Stadium Nasional Singapura pada 31 Januari. Tiket dijual sekarang!" katanya.

Coldplay 1

Konsert Coldplay di Singapura ditambah dua hari lagi.

Pengumuman itu mendapat respons peminat bukan sahaja di Singapura tetapi negara jiran seperti Malaysia dan Indonesia.

Menerusi ruang komen, rata-rata peminat mula bimbang dengan penambahan hari tersebut kerana merasakan ia akan meletihkan kumpulan berkenaan.

Namun ada juga yang terus teruja untuk membeli tiket kumpulan berkenaan selain ingin menukar ke tarikh yang baharu.

"Konsert itu diadakan selama enam hari berturut-turut, mereka tak rasa letih ke? Mungkin konsert itu nanti akan jadi tak berkualiti atau seronok.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Malaysia masih tagih konsert Coldplay, harap orang Singapura ‘let go’ tiket KL

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Scalper’ jual tiket Coldplay RM43,000! Peminat geram minta penganjur tambah tarikh konsert

"Dah alang-alang itu buat tujuh hari tujuh malam terus, tak pun menetap terus di sana. Dia orang perlukan air asam jawa nanti.

"Tak habis fikir, tak hilang suara ke dia orang nanti. Tapi saya masih menunggu giliran untuk membeli tiket," antara komen netizen.

Sebelum ini, ramai peminat di Malaysia mendesak penganjur konsert untuk menambah tarikh konsert berkenaan susulan gagal membeli tiket menonton persembahan mereka yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, November depan.

coldplay 2

Peminat bimbang prestatsi kumpulan Coldplay.

Sebanyak 85,000 tiket yang dijual habis dalam tempoh beberapa jam ia dilancarkan.

Dalam pada itu, tindakan beberapa individu menjual semula tiket yang dibeli dengan harga tinggi turut mengundang kecaman orang ramai.

Malah terdapat kumpulan menggelar diri mereka sebagai 'scalper' atau ulat tiket dilaporkan menjual dengan harga mencecah RM43,000.

Selain Singapura, Coldplay turut menambah tarikh konsert mereka di Manila, Filipina pada 19 Januari 2024 selain Bangkok, Thailand pada 3 Februari tahun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain