BERITA mengenai penyanyi Rohana Jalil yang masih lemah dan memerlukan pemantauan pakar di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor membimbangkan ramai pihak. Bukan sahaja peminat yang mendoakan agar penyanyi era-80 an ini segera sembuh, malah anaknya yang juga pelakon Kilafairy turut menitipkan harapan agar ibunya itu diberikan keajaiban kembali sihat. Kata Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 28, dia meletakkan harapan agar segera pulih dan mengakui tidak bersedia untuk melepaskan ibunya itu. Kila belum bersedia hilang ibu lagi. "Berharap untuk keajaiban, bukan melepaskan awak pergi, Ma," katanya menerusi Instastory. Dalam perkongsian itu, Kilafairy juga memuat naik foto memaparkan dia memegang tangan ibunya yang sedang terlantar di atas katil hospital. Prihatin dengan keadaan penyanyi lagu Musafir Lalu itu, rakan artis sepakat menganjurkan majlis bacaan Yasin dan doa selamat buat Rohana Jalil pada malam Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Semua mesin perubatan tidak mampu lagi rawat Rohana Jalil, kuman sudah merebak ke seluruh badan ARTIKEL BERKAITAN: Rohana Jalil sudah sedar tapi masih kritikal dalam ICU, Jaafar Onn kongsi perkembangan terkini "Assalamualikum. Semua dijemput untuk bersama-sama dalam majlis bacaan Yasin dan doa selamat khas buat sahabat kita, Hajjah Dara @ Rohana Jalil pada malam ini," kongsinya. Pada Isnin, penyanyi berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan lemah dan masih memerlukan pemantauan pakar selepas disahkan mengalami kebocoran usus. Menerusi temu bual mStar bersama pengurus Rohana dikenali sebagai Jepun memaklumkan kuman akibat kebocoran usus itu telah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang. Rakan-rakan doakan kesembuhan Rohana. "Keadaan dia sangat lemah tetapi masih stabil. Kebocoran usus yang dialaminya masih belum sembuh lagi. "Sekarang ini doktor tidak boleh buat apa-apa kerana keadaan Rohana terlalu lemah dan kalau nak buat prosedur rawatan seterusnya pun agak susah. "Rohana tak boleh makan atau minum dan hanya bergantung kepada antibiotik untuk sembuhkan usus yang bocor itu," ujarnya. Pada April lalu, Rohana berada dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke ICU HCTM (UKM) akibat mengalami kebocoran usus. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!