suria

“Assalamualaikum Malaysia” - Nada tinggi Dimash Qudaibergen pukau 6,000 penonton, konsert 3 jam buat peminat puas

Dimash berjaya memukau penonton Malaysia menerusi konsert pertamanya.

KEHEBATAN penyanyi asal Kazakhstan iaitu Dimash Qudaibergen yang tampil dengan persembahan bertenaga selama tiga jam di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Sabtu benar-benar memberi kepuasan kepada penonton.

Seramai 6,000 penonton yang hadir kagum dengan kebolehan Dimash yang cukup terkenal dengan vokal nada tingginya sehingga ada meluahkan rasa tidak percaya penyanyi itu mampu mengadakan persembahan dengan durasi panjang namun masih dapat mengekalkan tenaga sepanjang konsert.

Menerusi konsert Dimash Qudaibergen Live In Malaysia, penyanyi berusia 29 tahun itu menyampaikan lebih daripada 20 buah lagu popularnya.

Dimasih2

Persembahan bertenaga Dimash benar-benar memberi kepuasan.

Pembukaan persembahan Dimash dimulakan dengan lagu Golden, Zhalyn, If I Never sebelum diteruskan dengan lagu Olimpico, Battle of Memory dan Ave Maria.

Apa membuatkan penonton bertambah kagum adalah kredibiliti Dimash atau Dinmuhammed Qanatuly Qudaibergen menyampaikan lagu dalam pelbagai bahasa - suatu fakta yang bukan pelik kerana penyanyi ini pernah menghiburkan penonton dalam 13 bahasa berbeza!

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada dendam Tuju tak hadir hari bahagia, MK ke Masjid Sri Sendayan tunai hajat isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Adi Putra muncul baca doa buat tetamu sayu, kesan Zara Adelia ada masalah pendengaran sejak usia 6 bulan

Walaupun lagu yang dinyanyikan dalam pelbagai bahasa, ia tidak menghentikan seluruh peminat untuk menyanyi bersama.

Konsert diteruskan dengan lagu hit iaitu S.O.S yang berjaya memukau penonton dengan lontaran suara yang tinggi.

Diiringi pasukan pemuzik khas yang dibawa oleh Dimash, konsert Dimash Live In Malaysia membawa tema penceritaan tentang kehidupan, cinta dan perjuangan.

Dimash MP

Dimash menyampaikan 20 buah lagu.

Dalam pada itu, bagi menambat hati penonton, Dimash turut mengambil peluang berinteraksi dengan penonton yang hadir dalam bahasa Melayu.

"Assalamualaikum Malaysia dan selamat malam kawan-kawan serta tetamu sekalian.

"Saya sangat gembira dapat berjumpa dengan anda dalam konsert pertama saya di Malaysia, malam ini (semalam)”, katanya.

Sti

Kemunculan Siti turut mencuri perhatian.

Pada pertengahan konsert, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil dengan dua lagu popularnya iaitu Bukan Cinta Biasa dan Nirmala yang dijemput sebagai artis jemputan.

Dimash terus membuat kejutan dengan menyanyikan lagu Together, Fly Away, Stranger dan Kui (Adau).

Antara lagu yang turut dipersembahkan adalah Daididau, Mahhabat Ber Magan, El Amore En Ti, Requiem dan Screaming.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain