suria

Tekak orang ‘kampung’, Aliff Syukri beruntung tunai haji bersama ibu dan mentua tolong masak dalam bilik hotel

Ibu mentua Aliff membebel dengan sikap usahawan tersebut yang suka berjimat.

UMUM mengetahui usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri ketika ini sedang berada di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji bersama beberapa ahli keluarga termasuk anak lelaki dan ibunya, Rozita Ibrahim.

Meskipun berada jauh dari tanah air namun gelagat Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, tetap menjadi perhatian pengikutnya yang ingin mengetahui perkembangannya mengerjakan ibadah itu buat pertama kali.

Menerusi perkongsian Aliff di Instagram miliknya, Aliff memberitahu pemakanan menjadi salah satu cabaran buatnya kerana menyifatkan lidahnya memiliki cita rasa kampung dan sukar menjamah juadah tempatan di sana.

Aliff bawa ikan kering dan belacan dari Malaysia.

Aliff bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana ibu dan mentuanya iaitu Rohani Hassan dapat memasak masakan Melayu untuknya.

"Dugaan mengerjakan haji di sini... Saya bersyukur sangat dapat tunai haji bersama mak dan ibu mentua saya (duduk) dalam bilik yang sama.

"Satu habit saya ini, macam orang kampung terikut sangat dengan perangai arwah nenek saya, pergilah hotel mana pun.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri hilang sabar di Tanah Suci, dakwa pengasas tudung liat bayar hutang jutaan ringgit

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 15 tahun tak jejak kaki ke Makkah, Aliff Syukri dan anak sulung berangkat tunai haji

"Hotel lima enam bintang, bekal belacan, cili, periuk belanga semua saya akan bawa untuk masak dalam bilik... Maklumlah tekak saya tekak orang kampung," katanya.

Dalam video yang dikongsikan itu, dapat dilihat Aliff dan ibu mentuanya berbalas gurauan tentang sikap berjimat usahawan berkenaan.

"Hotel kelas, pakej mahal tapi bawa juga kari dari rumah. Bawa belaan, ikan kering.

Aliff rasa bersalah ditegur ibu mentua.

"Kata sekali sekala belanja mama, belanjalah makan sedap... mewah-mewah sikit. Lepas tu malas nak kemas," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh ibu mentua usahawan berkenaan.

Malah mereka juga menyarankan usahawan tersebut lebih memfokuskan kepada amal ibadah berbanding perkara lain.

Aliff pergi ke umrah bersama anak lelakinya pada Rabu lalu.

"Betul cakap mak mentua, ambil pakej mahal sudahnya masak dekat hotel. Dah penat beribadah semua nak masak apa lagi.

"Lebih baik Datuk fokus dengan ibadah haji, duit berjuta-juta tapi sibuk bawa segalanya sebab nak berjimat.

"Mungkin mentua Datuk dah terasa penatnya, nak beribadah nak memasak... nak layan Datuk lagi," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain