suria

Tiada dendam Tuju tak hadir hari bahagia, MK ke Masjid Sri Sendayan tunai hajat isteri

MK hormati keputusan Tuju meskipun jemputan sudah dihantar.

PENYANYI rap MK tidak berasa terkilan apabila rakan baiknya iaitu Tuju tidak menghadirkan diri ketika majlis pernikahan dan persandingannya minggu lalu.

MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, berkata, kehadiran anggota lain K-Clique sudah cukup memberi erti dan memeriahkan majlis berkenaan dan percaya Tuju turut mendoakan kebahagiaannya dari jauh.

"Ketiadaan Tuju diisi dengan kehadiran anggota K-Clique yang lain. Saya hormati keputusan dia untuk tidak hadir. Saya juga peraya dia medoakan kebahagiaan saya.

MK 222

Rakan-rakan anggota K-Clique memeriahkan majlis perkahwinan MK.

"Saya masih menganggap Tuju sebagai seorang saudara kerana kami pernah melalui susah dan senang bersama. Saya tidak tahu khabarnya namun saya juga tidak menyimpan sebarang perasaan negatif terhadapnya," katanya kepada mStar.

MK melangsungkan pernikahan dengan pasangan pilihannya Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, pada 16 Jun lalu di Ampang, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Jemputan sudah dibuat, Noki terasa hati Tuju tak datang majlis kahwin MK

ARTIKEL BERKAITAN: Dua buah lagu kejutan MK untuk isteri, Anuar Zain pun datang buat persembahan

Majlis pernikahan dan resepsi penyanyi ini dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan anggota kumpulan K-Clique yang turut bertindak sebagai ‘dulang boys’.

Bagaimanapun ketiadaan Tuju menjadi persoalan selepas sekian lama mereka dilihat tidak berhubung atau muncul bersama dalam mana-mana persembahan.

Saya tidak tahu khabarnya namun saya juga tidak menyimpan sebarang perasaan negatif terhadapnya.

MK K-CLIQUE

PENYANYI

Sementara itu mengulas tentang gambar dia bersama isteri di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan, kata MK dia membawa Hajaar ke sana bagi memenuhi hajat kerana tidak dapat melangsungkan pernikahan di lokasi itu.

“Kami merancang untuk bernikah di sana, namun disebabkan ada halangan tertentu niat tersebut tidak kesampaian. Jadi saya bawa isteri ke sana untuk penuhi hajat.

“Kami sempat meluangkan masa solat Maghrib dan Isyak di sana,” ujarnya.

mk 1111

MK akui kini dalam fasa bahagia.

Berkongsi fasa hidup baharu selepas bergelar suami, menurut MK dia dan Hajaar saling melengkapi antara satu sama lain dan lebih banyak belajar untuk memperbaiki diri.

“Sekarang masih dalam fasa kemanisan. Semuanya berjalan lancar dan perasaan bahagia yang sukar digambarkan. Ia berbeza dengan hidup saya sebelum ini.

“Sebagai suami menjadi tanggungjawab saya untuk sentiasa menjaga isteri. Kami banyak belajar untuk lebih memperbaiki diri bersama,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain