suria

Hampir seminggu tak lalu makan, rupanya Luqman Faiz kena deman denggi

Luqman hilang tiga kilogram selepas hilang selera makan.

PENYANYI Luqman Faiz terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Selangor pada Sabtu selepas hampir seminggu mengalami deman dan hilang selera makan.

Luqman atau Luqman Abdul Halim Faiz, 23, berkata, hasil pemeriksaan mendapati dia disahkan dijangkiti demam denggi dan keadaannya sudah berada di tahap bahaya kerana lewat mendapatkan rawatan.

"Sejak Selasa lalu saya demam dan ingatkan hanya demam biasa sebab hari Khamis saya rasa macam sudah sembuh.

"Tapi saya tak boleh nak jamah sebarang makanan sebab mulut berasa pahit malah dalam sehari saya hanya mampu minum satu atau dua teguk air... makan bubur pun hanya sedikit.

Luqman 2

Luqman turut tiga kilogram disebabkan tidak lalu menjamah makanan.

"Apabila buat pemeriksaan doktor kata saya sudah terlambat dan keadaan saya sudah memasuki fasa kritikal sebab tidak mampu menelan air yang banyak tapi belum sampai tahap denggi berdarah," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Dalam pada itu, Luqman memberitahu dia sempat menghadiri majlis perkahwinan abangnya sebelum 'menyerah' diri ke hospital selepas keadaannya tiba-tiba menjadi lemah.

Luqman bagaimanapun bersyukur kerana keadaannya semakin pulih malah sudah mampu menghabiskan sepinggan nasi goreng selepas hampir seminggu tidak menjamah sebarang makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua hari demam, Luqman Faiz positif Covid-19... Bimbang jangkiti ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Luqman Faiz lepaskan kesedihan putus cinta di gim - “Kami masih berhubung... bercinta balik tak mungkin!”

"Hampir seminggu tak makan berat badan saya turun tiga kilogram tapi sejak dimasukkan ke hospital selera saya bertambah baik dan sudah mampu menghabiskan sepinggan nasi goreng," katanya.

Penyanyi lagu Kepuraanmu itu berkata, dia juga tidak menyangka dijangkiti demam denggi selepas ada beberapa rakan terdekatnya turut dimasukkan ke hospital kerana perkara sama.

"Kawasan perumahan saya memang selalu ada kes denggi malah setiap hari akan ada semburan asap bagi membunuh nyamuk... tak sangka pula kali ini giliran saya yang kena," ujarnya.

Luqman 3

Keadaan Luqman menunjukkan perkembangan positif dan sudah mampu makan sepinggan nasi goreng.

Pada Jumaat lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes demam denggi meningkat 5.8 peratus kepada 2,608 kes pada Minggu Epidemiologi ke-23 (ME23) iaitu bagi tempoh 4 hingga 10 Jun berbanding 2,466 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiga kematian akibat komplikasi demam denggi turut dilaporkan pada ME23.

Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME23 meningkat 154.2 peratus kepada 51,331 kes berbanding 20,194 kes bagi tempoh sama 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain