suria

Percutian di Langkawi kali pertama Watie dan Shuib berdua-duaan, baru faham erti bulan madu

Watie menganggap Shuib adalah suami terbaik buatnya.

ISTERI kepada Shuib iaitu Watie mendedahkan bulan madu bersama penyampai radio Suria FM itu adalah kali pertama mereka berdua-duaan sepanjang tempoh perkenalan mereka.

Watie atau Fati Nikmatul Adawiah Hanifiah, 35, berkata, percintaan yang dilalui bersama Shuib sebelum ini tidak seperti pasangan kekasih lain kerana kebiasaannya pertemuan antara mereka akan disertai sama ada anak-anak, rakan atau pun ibunya.

"Dia (Shuib) selalu minta bersabar sebab bercinta dengannya memang tidak macam orang lain.

watie shuib 2

Shuib dan Watie memilih Pulau Langkawi untuk berbulan madu.

"Bila pergi dating bawa kawan, anak-anak dan mak. Jalan tak berpimpin tangan, tiada 'dinner date', tiada travel berdua-duaan," katanya.

Watie mendedahkan perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.

Ketika ini, Shuib dan Watie sedang berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib minta Watie fokus jadi suri rumah, ke Turkiye bawa anak-anak selepas bulan madu di Pulau Langkawi

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin RM1.7 juta Shuib, Watie disatukan dengan sekali lafaz

Kongsinya lagi, sebelum ini Shuib pernah secara sembunyi membuat kejutan sempena sambutan ulang tahunnya kerana bimbang kisah percintaan mereka akan diketahui umum.

Malah ketika menghadiri sambutan itu, Watie memberitahu Shuib duduk di meja berbeza dan hanya memerhati daripada jauh kerana tidak mahu ada pihak salah faham.

Allah nak kita lalui segala detik itu disaat yang tepat. Sekarang kami tahu erti sebenar berbulan madu

WATIE HANIFIAH

ISTERI SHUIB

"Suprise birthday saya pun dia duduk meja berasingan. Pandang-pandang saja dari jauh.

"Rupanya sabar itu indah. Allah nak kita lalui segala detik itu disaat yang tepat. Sekarang kami tahu erti sebenar berbulan madu," katanya yang menyifatkan Shuib sebagai anugerah terindah dalam hidupnya.

Watie dan Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, sah bergelar suami isteri pada majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam pada Jumaat.

watie shuib 3

Shuib sah bergelar suami Watie pada Jumaat.

Pasangan ini kemudian terbang ke Pulau Langkawi berdua sebagai destinasi berbulan madu sebelum pergi bercuti bersama anak-anak Shuib di Turkiye.

Shuib memilik empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain