PESERTA pertandingan Big Stage 2023 (BS2023) iaitu Puteri Khareeza mampu menarik nafas lega apabila berjaya mara ke pusingan separuh akhir meskipun namanya diumumkan tersingkir pada persembahan peringkat suku akhir yang berlangsung pada malam Ahad. Dua juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul mengambil keputusan untuk menyelamatkan Puteri Khareeza kerana melihat prestasinya yang menunjukkan peningkatan setiap minggu selain wajar diberi peluang berentap di peringkat seterusnya. Puteri Khareeza yang mempertaruhkan lagu Doktor Cinta yang dipopularkan Dewa Dewi turut mendapat pujian daripada Aina. "Saya puji vokal awak. Antara banyak-banyak, minggu ini yang terbaik... walaupun nampak banyak berfikir (di atas pentas) tapi vokal 'pergi'," katanya. Pada minggu suku akhir ini, dua peserta lain yang turut berada di kedudukan tercorot adalah pasangan duo Hoondoo dan Firdaus Rahmat. Selain Puteri Khareeza, Hoondoo dan Firdaus Rahmat, empat lagi peserta mara ke peringkat separuh akhir adalah Nadeera Zaini, Putera Muhammad, Aufahanie, Waode dan Dem Lepak Boyz. ARTIKEL BERKAITAN: Hampir seminggu tak lalu makan, rupanya Luqman Faiz kena deman denggi ARTIKEL BERKAITAN: Percutian di Langkawi kali pertama Watie dan Shuib berdua-duaan, baru faham erti bulan madu Acara yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam itu turut menyaksikan Nadeera menduduki tempat pertama menerusi lagu Problem nyanyian asal Ariana Grande. Pemenang Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik pula jatuh kepada Putera Muhammad yang membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000. Sementara itu, peringkat separuh akhir BS2023 bakal menyaksikan tema BBNU Pun Memilih yang mana kesemua peserta akan berduet dengan penyanyi jemputan. BS23023 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose manakala penyanyi Ziana Zain diundang selaku juri jemputan selain Anna Jobling selaku presiden netizen minggu ini Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!